Zaman Awal Berblog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari Ahad ni takde ape yang dapat aku ceritakan di sini. Cuma saja aku ingin terkenangkan kembali kisah mula-mula aku berblog dulu..haha. Ceritanya bermula apabila setiap kali aku google apa-apa je, mesti akan keluar link dari blog yang mempunyai subdomain blogspot. Aku pelik time tu kenapa subdomain blogspot agak popular..hoho

Blogger.com kepunyaan Google..hehe


Tahun 2007, aku diberitahu bahawa dengan blog boleh buat duit. Lagi aku pelik..haha. Yela, buat blog senang je dapat duit. Orang lain punye le kerja susah nak mati nak dapatkan duit. Akhirnya aku mendaftar juge di Blogger.com untuk menjadi seorang blogger dan linknya seperti yang kau boleh tengok sekarang..hehe.

Aku admit waktu mula-mula aku berblog dan melakukan blogwalking di blog lain, suasananya amat berbeza dengan sekarang. Dulu banyak blog yang buat entri tutorial blog. Ada juge yang menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupannya. Aku baca pun tenang je, kadang-kadang senyum, kadang-kadang sedih..hehe.

Saya suka berblog..hehe


Sekarang? Banyak blog yang aku jumpe ingin mengejar trafik. Tidak kurang juge mereka yang mengepos entri yang lebih kepada cara-cara mengejar trafik. Trafik ni bergantung pada nasib. Kalau nasib kau baik, ada la entri-entri kau yang dapat menarik pengunjung.


P.S : Mahu trafik yang tinggi? Buang sifat malas dan jangan mudah mengalah. ^_^

P.S.S : Aku suka baca blog yang bercerita mengenai kehidupan mereka..hehe
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

hehe
like ur n my story..
hehe
eh same ek start berblog..
ok le 2..

Balas
avatar

kehidupan terlalu rumit kalau nak ceritakan satu persatu..

ok tade kaitan kan?

wakakah

Balas