Kekuatan Cikgu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Ok, hari ini hari Ahad 16 Mei 2010, merupakan hari cikgu di Malaysia. Adanya hari ini untuk mengenang kembali jasa dan pengorbanan cikgu yang telah bersusah payah mendidik anak muridnya.


Cikgu pening nak tanda kertas soalan ni..hehe.

Seperti juga aku, aku takkan menulis dengan baik dalam blog ini jika tiada cikgu yang boleh membimbing aku. Tetapi, dulu aku bukanlah seorang murid yang baik..hehe. Naik tahun 2 Kenanga di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang. Aku selalu tak siapkan kerja sekolah. Aku rasa dalam seminggu tu sekurang-kurangnya 5 kali aku kena rotan di tapak tangan or buntut, 3 kali aku kena berdiri di luar dan sekali aku kena pelempang di pipi.


Budak tahun 1 berlari. Cikgu ada di dalam kelas.

Aku tak kisah. Aku tak complain pun kt abah dan mak aku. Kalau aku complain, maka lagi teruklah keadaan aku..hoho. Naik tahun 3 aku jadi budak baik. Naik tahun 4 Arif, aku jadi budak tak baik semula. Aku rasa dalam seminggu tu sekurang-kurangnya 3 kali aku kena pelempang..hehe. Aku tak kisah.

Bagi aku, benda-benda camtu yang membuatkan aku terdidik sehingga hari ini dan aku rasa apa yang cikgu-cikgu buat pada aku tu memang betul..hehe. Tak macam sekarang, cikgu baru jentik skit budak dah complain kt mak bapak. Mak bapak plak dok salahkan cikgu.


Pelajar cemerlang di SK Sungai Udang. Ni tahun lepas punya..hehe.

Tak kiralah, jawatan kau tinggi mana sekalipun, kau benci cikgu seteruk manapun, cikgu tu lah yang menyebabkan kau berjaya. Selamat Hari Guru. ^_^

P.S : Kuat kan cikgu merotan, melempang aku..hehe
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

Bila snap gambar. Dulu dulu pergi sekolah bawak hanset ya. Maju. Selamat Hari Guru.

Balas
avatar

@Kuwe

haha..xla..skg ni ak kje kt skolah..part time wt kad mtrik utk bdk2 skolah ngn ckgu..so ade mse ak snap gmbau..haha

Balas
avatar

mungkin kau patut cerita pasal cikgu2 di sekolah menengah pula! :)

Balas
avatar

@Irzie Hani

haha..nnti ak cter plak..tp knangan ngn ckgu xbnyk kot..knangan ngn bdk2 klas bnyk..hahaha

Balas