Bola Memberi Keceriaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Pagi tadi aku tengok live 2010 Final UEFA Champions League di channel ESPN. Perlawanan antara Bayern Munich, juara Bundesliga dan Inter Milan, juara Serie A berkesudahan dengan Inter menang 2-0 hasil jaringan yang aku rasa agak terbaik oleh Diego Milito.


Inter Milan - Juara 2010 UEFA Champions League. Sumber.

2 gol yang dijaringkan Milito merupakan hasil helah tipunya yang dikenakan ke atas defender-defender Bayern Munich..haha. Di bahagian defend Inter, sama seperti apa yang mereka buat sewaktu bermain 10 orang semasa menentang Barcelona. Robben tidak mampu bergerak bebas sama seperti Messi, kecekapan keeper Julio Cesar dan menutup segala ruang yang ada..hoho.

Hasilnya, 2 kali bola bergolek masuk dalam jaring memberi keceriaan kepada seluruh peminat Inter kerana menjadi kelab Itali pertama menang treble. Aku pun tak sia-sia tengok match tu..hehe


P.S : Milito player Argentina..hehe
P.S.S : Aku perasan ramai blogger sudah mula bercerita mengenai World Cup..hoho~~
Previous
Next Post »
0 Komen