FM2010 - Kelab Belarus

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Kita kembali dalam siri game yang bertajuk "Football Manager 2010". Sabtu lepas aku main game ni tapi aku tak sambung game Manchester United yang telah aku manage selama 2 season. Tapi untuk mendapatkan feel game ni, aku main new game. Jadi, untuk permulaan, aku ambik team Melaka iaitu negeri kelahiran aku.


Pasukan Melaka yang power.

Haa, perasan tak dalam list tu ada nama player yang berwarna merah? Itulah player-player yang aku beli. Aku memang cari player yang tinggi2 sebab dorang mampu menanduk bola serta membawa bola dengan baik..hehe. Time tu season belum start lagi. Wage budget pun sudah berwarna merah, aku pun minta pada board supaya menaikkan wage budget. So mereka tak bagi. Aku klik button "Ultimatum". Aku bukan paham sangat pun pasal kewangan ni. Tiba-tiba aku dipecat tanpa rasa segan silu. Siot je. Aku tak tahu kenapa aku dipecat.

So, ada la jawatan kosong manager di Belarus. Apa nama kelab itu?


Kelab Mikashevichi di Belarus.

Yes. Itu kelab yang aku sedang manage sekarang. Nama pendeknya Mikashevichi manakala nama panjangnya FC Granit Mikashevichi. Kelab ni memang betul2 wujud ok..hehe. Macam biasala, kau nampak mereka2 yang tertinggi dalam gambar tu? Tu semua kerja aku. Aku cari player yang tinggi2..hoho. 1st match keeper aku yang paling tinggi tu score dari jarak 100 yards. Kau percaya tak? Tengok gambar..haha


Terangkan mata anda melihat nama dalam bulatan merah itu.

Keeper aku tu bai. Score dari jarak 100 yards. Paul Robinson pun xleh lawan..haha. Aku baru je beli dia ni dari kelab Morrocco. So ok la..tapi match2 seterusnya tak pernah menang. Asyik seri dan kalah..hehe. Ok sekian.

P.S : Malulah nak cerita kekalahan kelab aku manage ni..hehe
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

tak boleh blah okay..hahahha
tp comel gila je men game ceni kan..

Balas
avatar

hehe
xpernah main n... ntah nape xsuke main ni
huhu

Balas
avatar

@ helena's

mmg xleh blah..haha
ala game santai2 je..men klik2 je..mcm klik iklan nuffnang..

Balas
avatar

@ joegrimjow

xpe..bce entri ni pn dh ok..hehe

Balas