Antara Aplikasi di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Pada masa kini, Facebook sudah popular. Aku rasa di Malaysia je, mungkin setengah daripada jumlah rakyat Malaysia sudah mempunyai akaun di Facebook. Kenapa Facebook? Facebook ialah muka buka, direct translation yang lebih berilmiah berbanding dengan 2 laman sosial yang lain iaitu Kawanster dan Ruang Saya..hehe. Entri ni aku nak luahkan sedikit perasaan aku kepada mereka yang menggunakan aplikasi-aplikasi di Facebook.

Aku dah cakap direct translation Facebook nampak berilmiah..haha


Farmville

Game ni aku yakin hampir semua main. Aku pernah main dulu tapi aku rasa boring sebab susah beno nak dapat duit yang banyak. Rasa jeles bila tengok ladang kawan-kawan aku yang main game ni besau-besau semua. Ladang aku kecik je. Siapa tahu tips-tips mendapatkan duit yang banyak boleh share tapi jangan bagi tips login Facebook dapat RM100..hehe.

Mintak tolong buat kebun tomato pulak dah


Daily Horoscope

Benda ni popular gak dalam Facebook aku. Tapi aku tak masuk aplikasi ni la, cuma baca apa yang kawan-kawan aku pos je..hehe. Daily Horoscope, ramalan harian berdasarkan tarikh lahir kot. Kadang-kadang penuh kat bahagian home aku dengan wall post mereka yang menggunakan aplikasi ni.

Ramalan cuaca..err harian


Daily Luck

Aku pun tak paham la apa sebenarnya tajuk bagi aplikasi ni. Beritahu cerita pasal daily luck, ala yang ada peratus2 tu baik ke buruk ke..hehe. Tapi kat bawah tulis via Best Friend. Apo kononyo jang? Emm, nasihat aku kalau saja-saja nak test benda alah ni boleh la tapi jangan sampai percaya, sebab ada yang aku tengok dorang ni sampai menyumpah-seranah benda alah ni, cakap tipu la, tak betul la, tapi ekau guno jugok..hoho

96% - Dapat A+ tu.


Ok tu je yang aku nampak sekarang ni. Nanti kalau ada yang terbaru, aku buat lagi satu entri camni..hehe.

Gambar hiasan - tengok title bar saix XXL..hehe

Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

buat la entry IP MAN 2 tu
menang bleh g tengok wayang

Balas
avatar

sambunagn dr joe

pastu dah menang ajak saya!haha

Balas