Fakta IPv4

IPv4 ialah Internet Protocol version 4. Ia mula diperkenalkan dalam dunia Internet pada tahun 1981. Sehingga sekarang, hampir 99% laman web dihos menggunakan IPv4. Berikut merupakan antara fakta berkaitan IPv4 untuk pengetahuan kita semua.


Marilah guna IPv6. Sumber.

IPv4 pada masa silam

  • IPv4 mula diperkenalkan pada tahun 1981. IPv4 juga merupakan versi pertama bagi protokol internet.
  • IPv4 menggunakan skema alamat dot-desimal 32-bit (contoh = 10.62.1.48) sebagai alamat bagi sesuatu hos dan penerima.
  • Dengan menggunakan skema alamat sebegitu, IPv4 boleh menyediakan sehingga 4 billion alamat (laman web mahupun menggunakan dot-desimal). Sewaktu di awal pengenalan IPv4, tidak banyak aktiviti trafik internet yang berlaku.
  • Bagaimana semua komputer dan server menggunakan IPv4 sebagai protokol internet utama? Pada 1 Januari 1983, kesemua komputer dan server di seluruh dunia ditutup bagi mengemaskini komputer dan server supaya ia menerima IPv4 sebagai protokol Internet utama. Dunia Internet dihidupkan semula dengan kesemua komputer dan server berkomunikasi menggunakan IPv4 sebagai protokol internet.
  • Pada tahun 1992, ada laporan mengatakan bahawa salah satu kelas alamat dalam IPv4, Kelas B bakal kehabisan alamat. Pada masa itu, projek penyelidikan IPv6 telah pun bermula tetapi IPv6 waktu itu dikenali sebagai IPng (Internet Protocol next generation). Versi yang diletakkan pada IPng pada waktu itu ialah 6.
  • Pada tahun 1995, penyelidikan ke atas IPv6 dimulakan secara rasmi apabila ramai yang menyedari alamat dalam IPv4 akan habis dalam masa beberapa tahun. Pada waktu itu, IPv6 diperkenalkan dalam Mac OS, seterusnya dalam Linux dan akhir sekali Windows (Windows Vista merupakan versi Windows pertama yang menggunakan IPv6 sebagai protokol alternatif)


Option IPv6 dalam Windows Vista dan 7

IPv4 pada masa kini
  • Ada laporan mengatakan bahawa alamat dalam IPv4 akan habis pada tahun 2011. Ini berdasarkan kepada trend penggunaan Internet yang semakin meluas serta banyak domain baru yang diwujudkan. (anggaran dalam 1 juta domain dalam seminggu).
  • Di India, TRAI (The Telecom Regulatory Authority of India) sudah pun menghantar surat kepada kerajaan India supaya menukar protokol dari IPv4 ke IPv6 (Malaysia bila pula??). Sumber.
  • Negara yang paling banyak menggunakan IPv4 ialah Amerika Syarikat dengan alamat yang berjumlah 143 million. Sumber.
  • Kebanyakkan laman web sudah berhijrah ke IPv6. Untuk mengetahui laman web itu boleh diakses dengan IPv6 atau tidak boleh berkunjung ke sini.
  • Silalah fikir dua tiga empat lima kali sebelum kau membeli domain. Pastikan domain itu boleh diakses dengan menggunakan IPv6..hehe.


Internet menghubungkan hampir kesemua peranti yang ada. Sumber

IPv4 pada masa akan datang
  • Alamat dalam IPv4 bakal habis pada tahun 2011. Pada masa itu Internet mungkin akan "mati" kerana manusia tidak boleh mengakses Internet tanpa alamat. Kau boleh ibaratkan sebagai makanan yang sudah kehabisan yang hanya menunggu bantuan tiba.
  • Adakah peristiwa seperti yang berlaku pada 1 Januari 1983 akan berulang? Mungkin. Tetapi mampukah kesemua komputer ditutup kerana aku rasa mungkin terdapat lebih dari berbillion komputer yang keluar sebelum tahun 2006 (Windows Vista mula diperkenalkan).
  • Ada juga cadangan iaitu kesemua alamat Internet yang menggunakan IPv4 bertukar kepada IPv6. Aku rasa ianya gila kerana terdapat lebih berbillion-billion alamat yang perlu ditukar dan ianya bukanlah mengambil masa yang singkat.


Aku tak pasti Internet di Malaysia sudah dilengkapi dengan IPv6 atau belum. Tetapi aku try masuk laman web yang menggunakan IPv6 dan berjaya..hehe. Akhir sekali, janganlah terlalu excited jika kau sudah ada domain sendiri, tanya pada admin jika domain kau boleh diakses menggunakan IPv6.
Sekian, terima kasih.

Sumber-sumber

IPv4 Unallocated Address Space Exhaustion
When Today’s ’Net Dies
IPv4 Not Dead Yet: 625 Days of IPv4 Addresses Remain
RFC2101 - IPv4 Address Behaviour Today
IPv4 Timeline - Google
Lacks of IPv4
IPv6 is becoming a reality
The history and success of the KAME project 1
Previous
Next Post »
0 Komen