Trend Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari itu pasti tidak lengkap bagi mereka yang sudah ada blog tanpa mengupdatenya. Sama juga macam aku, aku akan cuba update blog aku sekerap yang boleh, tapi bukannya lebih daripada 1 entry untuk sehari..hehe. Sewaktu di awal kewujudan blog aku, aku perasan yang ramai tidak mengambil endah dengan blog. Tetapi kini kau boleh lihat dengan hanya menulis entry yang tidak betul je boleh ditangkap polis dan dibicarakan di mahkamah.

Jangan sebarang komen di blog orang..hehe


Ya, pada zaman kini blog seolah-olah menjadi suatu tarikan baru bagi pengguna Internet. Bermacam-macam kaedah yang digunakan oleh mereka yang ingin memiliki blog baru. Di sini aku senaraikan beberapa trend yang sekarang ini digunakan oleh mereka yang ada blog.

  1. Blog sebagai diari online

  2. Ada diantara mereka yang memiliki blog bertujuan untuk mengisahkan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun. Kebiasaan trend begini yang aku nampak ialah mereka yang berjantina perempuan. Bila ada aktiviti seperti meronggeng, bercuti, karaoke, mesti akan diupdate dalam blog..hehe

  3. Blog mengikut kehendak pengunjung

  4. Trend ini digunakan bagi mereka yang terlalu excited untuk mendapatkan pengunjung atau pembaca setia yang ramai. Antara faktor utama mereka menggunakan trend ini ialah kerana mahu menjadikan blognya popular. Apabila blognya popular, maka ia dapat menjana wang..hehe

  5. Blog tips-tips

  6. Terlalu banyak blog sebegini yang telah aku jumpa. Hampir kesemuanya mengisahkan cara-cara untuk mempopularkan blog kau serta dapat menjana wang di Internet. Padahal aku tengok hampir 99% blog sebegini mengisahkan tips yang lebih kurang sama je.

  7. Blog aktiviti

  8. Jangan samakan blog ini dengan trend yang pertama tadi. Blog aktiviti yang aku maksudkan ialah blog-blog sesebuah komuniti seperti komuniti kolej kediaman, kelab-kelab atau persatuan mahupun sekolah. Mereka menjadikan blog sebagai medium untuk memberitahu kepada semua pengunjung mengenai aktiviti yang telah dijalankan.


Tidak kisahlah walau apa cara kau ingin lakukan pada blog kau, cuma ingatlah bahawa blog bukan lagi suatu bahan media yang boleh diambil mudah. Tersilap perkataan mahupun ayat, kau mungkin meringkuk dalam penjara..hehe

Sekian, jumpa lagi.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

ko pnyer blog spesis number 1 kan..

Balas
avatar

@piji

hentam..tu blog ko la..cter sastera je..haha

Balas