Rumah Sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aktiviti aku macam biasa, pukul 7.30 pagi aku bertolak dari rumah ke tempat praktikal, pukul 6.00 aku pulang ke rumah. Ianya berterusan sehingga hari Sabtu. Jika ada benda yang best dari tempat praktikal aku ini, aku akan kongsi. Jangan risau ye..hehe. Semalam seorang hamba Allah telah mengalami kemalangan. Aku fikir ianya tidak serius sampai boleh dibawa ke mahkamah kerana hamba Allah itu menceritakan pada aku yang pada waktu itu dia menjadi Superman, terbang dari motor dan landing menggunakan tapak tangan. Motornya aku tengok seperti baru dibeli. Tiada apa-apa yang calar. Motornya sangat kuat.

Itu cerita dia. Cerita dia sebenarnya lebih membawa kepada apa yang telah aku alami dulu. Kemalangan yang aku sifatkan sangat teruk. Walaupun aku tidak koma, tetapi jari tangan kanan aku tidak kuat lagi seperti sebelum berlakunya kemalangan. Sebenarnya entry itu kau boleh lihat di sini. Cuma kali ini aku ingin berkongsi bagaimana kecuaian kita boleh membawa padah. (ayat serius ni..hehe)


Ini katil tempat aku beradu. Dari pagi sampai malam aku tidur je.

Bila aku akan bangun? Aku akan bangun untuk membuang air kecil serta makan je..hehe. Susah woo pakai kain guna sebelah tangan je. Lagi sebelah tangan dah kena bungkus. Tapi terpaksalah aku alaminya dan cuba mempraktikkan gaya memakai kain menggunakan sebelah tangan..hehe


Antara bahagian yang luka. Mungkin luka disebabkan aku terjatuh dan terseret dengan batu-batu jalan.


Bahagian paling teruk. Sebanyak 15 jahitan sudah dijahit di situ.

Kesimpulannya, pandu dan tungganglah kenderaan dengan berhati-hati. Ingat orang yang tersayang..hehe
Sekian, jumpa lagi. :D
Previous
Next Post »
1 Komen
avatar

peh...sadis gak...-ajemi

Balas