Retro - Jamuan Perdana 2005

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Mari menyingkap kisah silam aku. Pada tahun 2005 bersamaan dengan 28 September 2005, maktab tempat aku belajar telah mengadakan majlis jamuan perdana bagi tingkatan 5 yang diberi nama "Walimah Al-Falah - on the glory night". Nama yang sedap sekali..hehe. Malam itu, semua pelajar tingkatan 5 termasuk aku telah menggayakan pakaian formal seperti pergi ke pejabat untuk makan free. Makanannya sodap-sodap belaka, ada nasi tomato berserta ayam masak merah (ayie), ada sayur yang manis-manis tu, sayur pe tah aku tak ingat nama..hehe.


Walimah Al-Falah - on the glory night dan Anugerah Q untuk guru-guru.

Malam itu pelbagai persembahan telah disembahkan oleh para pelajar maktab. Aku memang tak teruja dengan persembahan mereka kerana aku sibuk melantak nasi tomato yang sodap tu. Sampai berpeluh-peluh aku makan nasi itu kerana pedas nogori sombilan + panas pakai baju formal.


Aku sibuk melantak, lantak dorang lah nak amik gambar..haha

Malam itu juga, kalau tak silap aku semua presiden kelas kena buat ucapan ape tah di atas pentas. Pada mulanya aku antara orang yang kena bagi ucapan itu tetapi maklumlah aku ni seorang yang pemalu. Jadi, ada la seorang budak kelas aku mempromotekan dirinya untuk bagi ucapan itu. Faiz a.k.a atok, itulah nama seorang budak kelas aku yang memberi ucapan itu di atas pentas. Aku? Melantak di bawah..hehe


Faiz a.k.a atok, wakil aku. Sori tok..hehe

Akhir sekali, ada ucapan dari pengetua. Waktu ini aku berasa sangat menyesal kerana sudah menghabiskan nasi tomato itu awal-awal. Nak taknak kenalah dengar ucapan pengetua yang panjangnya selama 15 minit. Lepas itu, aku terus balik asrama dalam keadaan riang kerana sudah makan nasi tomato.
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

ooo tidak
nasri.
kau sj je kan post entry ni
mmbuatkan beck rndu sgt kat serting
teringat ms dinner nih
haih~
anyway bile mnyingkap balik kenangan lame,pasti senyum tercetus kat muke beck yg hodoh ini hahah

Balas
avatar

rindukan saat2 camni
sweet untuk dikenang

Balas
avatar

@ijad

mmg sodap makanan tu..ak pn melantak je..haha

Balas
avatar

@beck

knangan ni..bek ko g srtg je blk..hehe
snyum tu 1 sedekah..

Balas
avatar

@joe

ye..mmg sweet utk dikenang wlau phit mne sklipun..hehe

Balas