Ilmu Di Mana-mana

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Ilmu pengetahuan merupakan suatu objektif yang amat susah untuk kita capai. Ilmu ini luas, lebih luas lagi daripada lautan yang terbentang luas di dunia ini. Hari ini kita akan belajar benda baru, tetapi seminit atau sesaat kemudian, suatu ilmu baru akan muncul. Tidak hairanlah di dalam agama Islam itu sendiri, kita diajar supaya menimba ilmu sehingga mati.

Cabang-cabang ilmu yang tiada penghujungnya. Sumber


Ilmu memang terdapat di mana-mana. Kau berjalan setapak ke hadapan, kau akan berjumpa dengan ilmu baru. Kau bangun tidur je, kau akan dapat ilmu baru. Ilmu ini kita perlu timba dengan ikhlas supaya nikmat ilmu itu dapat kita capai seterusnya melembutkan hati untuk sentiasa beribadat. Ya, menimba ilmu yang bermanfaat merupakan suatu ibadah.

Ikhlas atau tidak kita menimba ilmu? Aku akui aku sendiri kadang-kadang tidak ikhlas untuk menimba ilmu kerana aku rasa seperti dipaksa belajar. Dengan assignment yang bertimbun-timbun yang perlu disiapkan cepat, lecturer pula mengugut untuk mengurangkan markah, aku rasa macam dipaksa belajar. Kebanyakkan pelajar di Malaysia belajar semata-mata untuk mendapatkan pointer yang tinggi termasuk aku.

Assignment banyak, dipaksa siapkan, turun kesungguhan. Sumber


Kesimpulannya, bagi aku, sistem pendidikan di Malaysia perlu diubah. Jangan hanya belajar berasaskan peperiksaan dan pointer semata-mata kerana aku rasa benda itu yang menyeksakan pelajar untuk merasai nikmatnya menimba ilmu. Jangan terlalu taksub dengan sistem pendidikan Barat yang sememangnya mengamalkan sistem pendidikan berasaskan pointer untuk mengukur kepandaian pelajar.
Previous
Next Post »
1 Komen
avatar

"Belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad"

(x pasti sabda Nabi atau bukan,xingat so xbrani nak buat statement..huhu)

apa2 pun yg penting proses pembelajaran tu still ada walaupun terpaksa....

Balas