Fakulti Dan Suasananya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aku bercerita mengenai fakulti tempat aku belajar. Fakulti aku namanya panjang sangat bila dipendekkan menjadi FKEKK sahaja. Tema warnanya ialah warna biru. Aku pun tidak tahu kenapa warna biru itu dipilih. Sila tanya pada mereka yang berpengalaman. Di situlah tempat aku belajar, tempat aku melakukan kerja makmal, tempat aku tidur bersama kawan-kawan..hehe.


Selamat datang ke FKEKK.

Aku tahu mesti ramai yang telah melihat suasana di fakulti aku (ditujukan khas kepada student UTeM) tapi percayalah suasana ini mungkin memberikan kau suatu perasaan teruja..hehe. Aku suka menangkap gambar suasana yang aku rasa jarang berlaku atau berlaku tetapi dalam keadaan pelik. Aku tidak perlukan kamera DSLR yang jauh lebih mahal walaupun berkualiti gambarnya. Tapi aku memang suka mengambil gambar sebegitu.


Ketika awan sudah berat dengan air sehingga warna hitam..hehe


Banjir pun berlaku.

Jadi percayalah cakap aku, cuaca di fakulti atau umumnya UTeM kampus induk memang amat pelik sekali. Kadang-kadang di fakulti, hujan yang amat lebat, sampai Ayer Keroh je cuacanya panas terik. Jadi, berhati-hatilah kepada mereka yang ingin ke UTeM kampus induk. Sediakan baju hujan sebelum hujan.


Lokasi : Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, UTeM.
Previous
Next Post »
2 Komen