Bila Kemahuan Tinggi, Jalan Terbuka Luas

Kemahuan merupakan satu perkataan yang berasal daripada kata akar, mahu, bukan mamu. Mahu pula ialah keinginan seseorang untuk mendapatkan atau mengejar sesuatu yang pasti atau tidak pasti. Jadi, kemahuan pula imbuhan daripada ke dan an supaya perkataan mahu itu nampak cantik..ish ape aku ngarut ni..

Pada tahun 2006, adik aku masuk pertandingan mereka cipta web astronomi peringkat negeri. Banyak sekolah yang bertanding antaranya MRSM Jasin. Sekolah adik aku time tu ialah SMK Ayer Keroh. Yang aku maksudkan pada tajuk entri itu ialah walaupun pada waktu itu adik aku kekurangan ilmu dalam membina laman web, dia tetap berjaya membina laman web itu dengan 80% cantik bagi aku..hehe.

Laman Web Astronomi SMK Ayer Keroh tahun 2006

Itu satu. Satu lagi ialah apabila kau tengok laman web itu, kau pasti fikir yang adik aku ni power gile buat animasi tulisan dengan flash. Nak buat animasi cmtu senang je, kau cuma download Swish MAX..hehe. Pastinya, komputer rumah aku memang banyak memberi sumbangan berguna kepada adik aku.

Inilah rupa komputer itu. Monitor macam gergasi..hehe

Spesifikasi komputer :
  • Intel Pentium 3 tak ingat berape speed tapi bawah 1.5GHz
  • Memori : 128MB RAM
  • Tiada video card. Hanya VGA cip yang ada berapa memori je.
  • 2GB hard disk
  • Windows XP Professional

Itulah bila dikatakan bila ada kemahuan tinggi menggunung, jalan terbuka luas. Dengan hanya komputer rumah berspesifikasi begitu mampu menghasilkan laman web yang ramai orang kata tak bagus untuk connection internet yang slow. :)

P.S : Jalan dibina dengan menggunakan tar dan batu-batu..hehe
Previous
Next Post »
3 Komen
avatar

dimana ade kemahuan,disitu ade jalan :)

Balas
avatar

kalu bikers suker layan coner
ni hehe klik2 xpax sejibik

Balas
avatar

monitor gedabak tuh masih ada nih lab saya keje..hahaha

tp sudah tak dijaga..

Balas