Rehat di Hari Minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua manusia yang bekerja termasuk aku..hehe. Boleh aku merehatkan minda yang agak bercelaru disebabkan kerja tiap-tiap hari mengadap komputer. Lens pada cermin mata aku pun boleh tebal kalau berterusan aku mengadap komputer. Dah la mengadap komputer, mata kena fokus pada photoshop untuk mengedit gambar supaya gambar itu nampak cantik mata memandang. Kena lak komputer yang aku dapat pula warna skrinnya agak terang jadi sakit mata aku. Tidak mengapalah, kita abaikan kepeningan tempat kerja..haha

Adobe Photoshop. Sama dengan gambar dalam entry sebelumnya..hehe


Untuk entry hari ini, aku tak tahu nak cerita apa. Aku buat entry ini pun sebab blog aku sudah lama tidak update..haha. Apa-apa pun tahniah kepada Dilot kerana dia sudah mencatatkan namanya di dalam internet dengan membeli hosting baru dengan domain percuma. Boleh tengok entrynya di sini. Aku tidak tahu bila aku boleh mendapatkan web hosting sendiri kerana aku tidak berduit lagi. Ada duit pun aku gunakan untuk praktikal. Aku harap tahun depan aku boleh mendapatkan 1 hosting yang biasa saje. Lagipun aku sudah survey web hosting yang ada di Malaysia dan setakat ini aku rasa ada 1 web hosting tu memang murah. Nak tahu? Nantilah aku ceritakan sesudah aku mendapatkan hosting itu..hehe.

Web hosting..hehe


Akhir kata dari aku, selamat berhujung minggu dan nikmatilah hujung minggu dengan tenang dan aman tanpa dicemari dengan ketensionan di tempat kerja. Sekian terima kasih..hehe.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

Latest CS4 kan...
Tak pernah ku seyes untk blajar photoshop.

Balas
avatar

@blackskin

skg ni ak kne siyes blaja photoshop..utk company..hehe klau x, mls nk blaja edit2 gmbo ni..

Balas
avatar

hehe
ajo ak woppp
bnyak nak kene blaja ni

Balas