Nuffnang Sudah Popular

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Harap kalian semua sihat-sihat belaka di samping orang tersayang. Hari ini merupakan hari pertama aku menempuh latihan praktikal di sebuah syarikat di Melaka..hehe. Hari ini aku tidak banyak melakukan tugas, hanya berlatih menggunakan Adobe Photoshop untuk edit gambar dalam kad matrik yang biasa kita pakai..hehe. Kebetulan pula, ada senior dari fakulti lain bekerja di situ. Jadi, aku dan Shafiee tidaklah berasa janggal untuk bertanya. Aku kagum juga dengan syarikat itu kerana walaupun syarikat itu kecil, tetapi mampu melakukan tugas 3 dalam 1, membaiki komputer dan laptop serta memasang dan menyelenggara network di sekolah-sekolah, pembuat kad matrik untuk 52 buah sekolah serta pembuat sijil untuk sekolah. Mungkin sekarang ini aku tidak banyak merasai bagaimana orang bekerja kerana cuti sekolah.

Adobe Photoshop. Di sana aku menggunakan Adobe Photoshop 7..haha


Ok, kita tutup cerita praktikal aku..hehe. Mari kita cerita mengenai Nuffnang. Nuffnang makin popular di kalangan blogger terutamanya blogger yang baru menceburi bidang blog. Manakala kebanyakkan blogger yang sudah expert atau fasih dalam mempopularkan blog mereka, mereka tidak memerlukan Nuffnang sebaliknya advertiser akan datang pada mereka memasang iklan. Itu cerita lain. Juga, semakin banyak blogger yang update cerita mengenai Nuffnang, sama ada menunjuk berapa banyak duit yang telah terkumpul, mahupun mereka yang ingin meminta tolong mengenai pemasangan iklan Nuffnang di blog. Aku pula telah memasang iklan Nuffnang selama 9 bulan sudah, iaitu 3 bulan selepas blog aku dibuka dan Google Adsense pula selama 10 bulan sudah.

Nuffnang. Popular di kalangan blogger Malaysia.


Bagi aku, Google Adsense merupakan servis iklan yang terbaik kerana jika hits yang datang ke blog kita, walaupun hanya 1 klik sahaja, mampu menjana sehingga USD 1.00. Ingat, USD 1.00 bersamaan dengan RM3.40..hehe. Tetapi, untuk mendaftar Google Adsense teramat susah. Selepas mendaftar, mereka akan monitor blog untuk memastikan bahawa hits blog adalah tinggi, serta kandungan blog mesti dalam English sebab setakat ini belum ada lagi option Bahasa Melayu semasa kita mendaftar. Google juga sentiasa melihat iklan-iklan yang sudah diklik. Mereka ada formula sendiri bagaimana untuk mengetahui bahawa iklan yang diklik itu betul atau palsu.

Adsense aku. Kena sensored takut melanggar terma dan syarat.


Nuffnang? Menjadi trend sekarang mereka klik iklan di blog kita dan mereka ingin kita klik iklan di blog mereka. Tetapi sejauh mana kebenaran itu? Klik iklan sendiri pula? Aku pernah buat perkara begitu semasa aku di peringkat awal mengenal alam blog tetapi aku sedar perkara itu sepatutnya tidak boleh dilakukan. Tips paling selamat ialah kenal dalam-dalam dunia blog, pastikan adanya sifat minat pada blog, ia akan membuatkan kau sentiasa ingin mengupdate blog walaupun kau sudah update 3 kali.

Cerita Nuffnang atau Google Adsense atau cerita iklan di sini? haha
Previous
Next Post »
3 Komen
avatar

nak update tade idea pulak..ish ish
cikhel br buat nuffnang..tp tgk2 lagi mungkin dah 200juta kot,.ahahahahhahahah 0 sudah..hehe

Balas
avatar

hoho mmg nuff lg glamer. tp skarang ada skim klik2 iklan nuff. hope takda la yg kena ban..

Balas