Di Mana Aku Menghilang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Entry pertama aku untuk bulan 11 mendapat sambutan yang biasa saja dengan 2 orang sudah mempersoalkan kehilangan aku sejak hampir sebulan..haha. Ya, sejak entry terakhir aku pada bulan Oktober yang mengisahkan cara-cara membuat cip bahagian 1, aku hilang dari dunia blogger..haha. Kita tahu dalam bulan Oktober dan November, pelajar universiti sedang memerah otak untuk menempuh final exam. Sama juga seperti aku, memerah otak sehingga berdarah untuk menjawab soalan final..hehe. Habis exam, aku melepaskan segala apa yang terperap dalam kepala otak aku dengan bermain beberapa game. Di Facebook, sejak aku ada akaun, aku cuba beberapa game yang ada di situ.


Farmville

Aku tak tahu kenapa game ini amat popular di kalangan kawan-kawan aku di Facebook. Setiap 3 minit mesti akan ada update mereka yang bermain Farmville. Aku pun cuba meringankan jari jemariku bermain game ini. Nampak biasa je..hoho. Agak susah juga untuk membuat duit dan membesarkan ladang aku. Haiwan-haiwan yang ada dalam ladang aku pun aku adopt dari orang..haha. Pokoknya pula aku dapat dari free gift..hehe. Jadi aku sedang berusaha untuk menghiaskan ladang aku dengan meletakkan pokok-pokok di sekeliling ladang. Kurang global warming..hehe.


Ladang aku. Misi menanam pokok disekeliling ladang.


Café World

Game ini juga dibuat oleh developer yang sama yang membuat game Farmville iaitu Zynga. Game ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana sesuatu makanan biasanya paling cepat siap 3 minit. Paling lama siap 2 hari. Makanan yang cepat siap akan basi jika tidak dihidang untuk tempoh yang singkat..haha. Sekarang aku sedang memasak ayam dan akan siap esok..hehe.


Aku chef dan dibantu oleh 2 orang waiter.


Civilization IV

Game ni asalnya dimainkan oleh Mohd Azmi, dia cakap dia memang fanatik dengan game ni. Aku tengok dia main. Nampak menarik. Game yang mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan menu Global Conquest yang terdapat dalam Command and Conquer : Kane Wrath, iaitu berasaskan turn based strategy. Siapa yang minat sejarah bolehlah cuba game ini kerana ia memang berdasarkan sejarah apabila sesuatu negara itu baru diilhamkan sehinggakan zaman moden dimana manusia sudah keluar ke angkasa..hehe.


Civilization IV
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

napa cikhel tak penah main,?eleh..

Balas
avatar

cik hel ? sbb cik hel bru wt fesbuk..hehe

Balas
avatar

dah agak dah. patut la lama senyap :P
jd antu game la tu..

Balas
avatar

naz > haah..jd antu game sjak akhir2 ni..internet mmg bz dwnload game bru..haha

Balas