Bangunan Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini hari Khamis, hari yang biasa je. Tiada apa yang special. Tapi semalam merupakan hari special aku. Nanti aku akan ceritakan..hoho. Semalam aku berjalan-jalan bersama kawan aku yang bernama Shafiee. Kesian dia, kena saman sebab tak tunjuk road tax kat polis. Dia membuat muka sedih pada aku kerana terpaksa mengeluarkan duit RM50. Itupun sebab dia tunjuk road tax pada kaunter polis di IPD Melaka Tengah. Kalau tak, RM600 dia melayang terbang tinggi ke awan..haha. Cuaca pada ketika itu memang panas terik, sampai merah-merah tangan aku membawa motor.


Laluan pejalan kaki dan beca sahaja.

IPD Melaka Tengah tu pula berada di dalam lingkungan bangunan-bangunan bersejarah di Melaka. Siapa pernah pergi Stadhuys mesti tahu punya bangunan-bangunan bersejarah tu. Tangan aku pun mula gatal nak ambik gambar persekitaran. Memang salute la kat mat saleh kerana mereka sanggup berjalan di bawah cuaca panas terik semata-mata ingin melancong di Melaka..hoho. Ada yang bawak peta, ada pula yang baca buku pasal Melaka, ada juga yang membawa beg besar. Macam-macam kerenah pelancong asing yang aku jumpa.


Mereka bersiar-siar pada waktu panas.

Tapi gambar memang tak banyak aku ambik. Ada 3 je. Tu pun pada waktu itu aku berada di depan IPD Melaka Tengah menunggu Shafiee menelefon seseorang. Siapa seseorang itu? hehe..Seseorang itu ialah seorang manusia yang bergelar manager di sebuah syarikat yang kecil juga tapi memegang tender sebanyak 52 sekolah di Melaka, iaitu tender menyelenggara komputer dan memasang network di sekolah-sekolah. Dan hari semalam menjadi hari yang special bagi aku kerana aku dan Shafiee akhirnya mendapat tempat praktikal yang akan aku mula pada minggu depan hari Isnin.


Awek hot sedang melancong..hehe

Lokasi : Bandar Bersejarah, Melaka
Previous
Next Post »
10 Komen
avatar

baru sekali p Melaka. teringin nak p sana lg -__-"

Balas
avatar

aku pernah buat kerja mereng sikit dari jb, pergi melaka, jalan2 pusing, pastu balik jb semula...

Balas
avatar

dilot > fuyoo..lme ke jln2 kt melaka? klau stkt sejam tu mmg mereng la kot..hehe

Balas
avatar

dah lama tak pegi melaka..oh lupee ari ahad ni pegi sana,,org kawen!hehe

Balas
avatar

cik hel > wahh..mkn nasi minyak la cmni..haha

Balas
avatar

ku tertarik dngn awek hot yg tengah hot tu

Balas
avatar

hahaha.. rupe2 nye maser aku bertembung ngan korang kat trafic light shapie baru pas kene saman la tu.. hahahahha.. tu la x ajak aku lagi.. padan muka beliau..

Balas