Pesta Konvo UTeM 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini hari Ahad jadi aku menghabiskan hujung minggu dengan mengupdate blog serta finalize template blog yang sudah aku pilih untuk dijadikan template blog ini bersempena dengan ulangtahun kedua blog aku pada 14 Oktober ini..hehe. Kita terus ke tajuk utama. Bermula Jumaat lalu sehingga hari ini berlangsungnya Pesta Konvo UTeM 2009 bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTeM kali ke-5 yang pertama kali diadakan di dalam UTeM sendiri. Sebelum ini, majlis konvesyen UTeM sering kali diadakan di Seri Negeri, Melaka.


Banner Majlis Konvokesyen UTeM kali ke-5.

Boleh dikatakan agak meriah juga kerana pesta konvo juga pertama kali diadakan di dalam UTeM sendiri, jadi bebas untuk buat apa sahaja..hehe. Tahun-tahun sebelumnya, pesta konvo diadakan di MITC, jadi segala peraturan terikat dengan kerajaan negeri..hehe. Dalam pesta konvo juga, adanya jamuan hari raya. Bila sebut pasal jamuan hari raya, pasti kita terbayangkan satay yang sodap..hehe. Tetapi tidak pada aku dan kawan-kawan aku yang lain. Mereka sedih kerana tidak mendapat kupon satay kerana duduk luar kolej kediaman. Terpaksalah merayu pada member MPP untuk mendapatkan kupon.


Pelajar UTeM berjalan-jalan.


Booth Hotlink di Pesta Konvo UTeM.

Pesta konvo pertama di UTeM ini telah diadakan di belakang perpustakaan. Suatu lokasi yang bagi aku tidak sesuai kerana ianya agak tersorok dari permandangan luar. Dah la library itu besar dan setinggi 4 tingkat, memang tidak nampak sangat kemeriahannya itu. Walaubagaimanapun, kira ok lah pesta konvo dan majlis konvo akhirnya diadakan di dalam UTeM sendiri tanpa perlu menagih kasih pada orang lain utuk mengadakan majlis yang teramat penting bagi sesebuah universiti itu.


Perpustakaan UTeM yang baru dibuka. Ada 4 tingkat.

Konvo kali ini juga menjadi sejarah tersendiri apabila Dr. Mahathir dan isterinya dikurniakan Ijazah Kehormat. Berita ada disini. Sekian terima kasih.
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

Jard The Great > ak xkonvo..tgk2 je..haha

Balas
avatar

jard, aku yang konvo de.
hahahaha

Balas
avatar

best nye... rasenye pengarah uitm melake dijemput kn? sbb clash dgn tarikh dinner kitorg. huhu. dah pengarah dtg lambat mlm tu..

Balas
avatar

psttt, saye ade 3 saman nk kene byr.. mane nk langsaikan ni? hhhhhuu, jahat!

Balas