Siri Cakap-cakap #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Rekod baru blog aku tidak berupdate selama hampir sebulan membuatkan aku rasa nak update je blog aku ni. Nanti hilang ramai pengunjung setia pulak..hehe. Dalam masa sebulan ini banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku mahupun disekeliling aku. Bulan Ramadhan yang mulia ini bakal pergi meninggalkan kita sekali lagi dan perlu menunggun selama setahun sebelum bulan Ramadhan datang lagi. Menjadi benda yang aku pelik sekarang ini sepatutnya bila bulan Ramadhan dah nak habis mestilah ramai orang akan meningkatkan ibadah, tetapi bila dah nak habis bulan puasa ni aku tengok masjid makin sedikit orangnya. Mungkin sibuk menghias rumah kerana menyambut ketibaan Syawal? Atau penat kerana seharian bekerja? Walau apapun yang berlaku, janganlah kita tinggal solat 5 waktu gara-gara mengejar perkara sunat.

Bulan Ramadhan. Sumber : MuhtarSuhaili



Windows 7

Entry terakhir yang aku post ialah mengenai Windows 7 RC yang perlu diberi perhatian apabila ingin menginstallnya. Pada pendapat aku, menggunakan Windows 7 adalah seperti anda menggunakan Windows XP yang telah dimodofikasi. Ini kerana Windows 7 tidak memakan banyak memori dan start-up yang laju membolehkan anda berasa puas hati dengan Windows 7. Tidak seperti Windows Vista yang memakan banyak memori sehingga ia boleh "mencederakan" komputer anda.

Kenapa aku berkata begitu? Kerana aku sudah mencuba Windows 7 Ultimate (singkatkan perkataan Radio Televisyen Malaysia). Memang puas hati kerana ianya banyak perbezaan berbanding dengan Windows Vista Ultimate yang aku guna dulu dari segi performance dan interface.

Desktop Windows 7. Taskbar yang telah diperbaiki.


Banyak window yang telah dibuka


Letak mouse di tepi kanan bawah dan desktop akan dipreview.



Selamat Hari Raya

Dikesempatan yang aku ada ni maka aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung yang datang berkunjung ke blog aku. Maaflah jika aku ada terkasar bahasa semasa mengunjungi dan meninggalkan komen yang mungkin sensitif bagi blogger-blogger lain. Aku mendoakan semua agar selamat sampai di destinasi selama berhari raya dan selamat pulang ke rumah kembali. Sebelum tibanya hari raya, aku dapat kad raya dari Cik Nasiha. Kepada blogger lain, hantarlah kad raya kepada aku..hehe

Kad raya..hehe


P.S : Tunggu bulan Oktober untuk mendapatkan Windows 7 ful release walaupun sudah keluar di dalam dunia pirate yang RTM punya (Release To Manufacturer)

P.P.S : Cik Nazra, saya sudah mengupdate blog..hehe
Previous
Next Post »
3 Komen
avatar

awat lama tak hapdet....bz yer..

sis amik kesempatan ucap selamat hari raya maaf zahir batin...

Balas
avatar

wah lama nya baru dpt update blog. bagus2
slmt hari raya

^__^

Balas
avatar

waaa.. akhirnya boleh letak komen kat blog koko ni. ehe.

cambest je window ni. npk smart je. huks

Balas