Hari Kedua Cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Semalam merupakan hari kedua aku bercuti ataupun bagi sesetengah orang yang tidak sabar hendak beraya, lagi 2-3 hari lagi sebelum masuknya bulan Syawal. Pastinya ramai yang sudah ataupun sedang sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum tibanya hari raya. Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, silalah bawa kenderaan dengan berhati-hati. Sila jangan gelojoh walaupun mungkin kamu gelojoh sewaktu makan..hehe. Kepada pembawa bas, sila jangan menunjukkan diri kamu yang sudah terlalu expert membawa bas. Apabila kamu mengantuk, sila tukar driver dengan segera. Tidak perlu mengikut jadual yang ditetapkan. Ingat, pembawa bas membawa lebih 30 nyawa yang disayangi orang lain.

Bas ekspres. Membawa anda pergi lebih jauh


Ok, taknak memanjangkan intro yang macam dah melalut dah..haha. Macam biasa, aku masih lagi sibuk tetapi tidak seperti hari pertama aku bercuti. Aku tidak perlu berkerja keras mengecat tetapi membawa motor saja..hehe. Tiba-tiba aku terajin menghantar surat permohonan tempat praktikal kerana tarikh expired tidak lama lagi. Tempat pertama yang aku pergi ialah BIM E-Research And Development. Namanya membuatkan aku teruja menghantar resume tetapi apakan daya, bila aku sampai saja di situ, bangunan itu sudah terbiar dimakan rumput..haha. Ini bermakna aku mendapat alamat yang mungkin sudah 50 tahun lamanya. Gambar aku lupa nak snap sebab terharu melihat keadaan bangunan tersebut.

Bagi menghilangkan perasaan terharu aku pada bangunan tersebut, aku pun pergilah ke Jusco. Kenapa? Aku mencari kad raya yang berlagu untuk diberikan kepada seorang perempuan yang aku cintai..hehe. Belek punya belek akhirnya jumpa kad yang aku rasa boleh membuatkan hatinya semakin cair seperti cecair yang mengalir dalam tubuh badan. Harap-harap dia sudi terima kad raya aku yang tidak seberapa itu..hehe.


Beraneka jenis kad raya di Jusco


Selepas itu, aku pergi ke tempat kedua tempat praktikal iaitu di Melaka ICT Holding Berhad. Waktu itu pukul 12.50 tghri. Nasib baik pegawai itu ada. Aku fikirkan waktu itu ramai pegawai sudah keluar berehat atau tidur kerana berpuasa..hehe. Selepas raya baru aku dapat tahu jawapannya sama ada permohonan aku diterima atau tidak. Aku tidak kisah janji aku sudah menghantarnya..haha.


Dalam Inkubator K-Ekonomi ada Melaka ICT Holding Berhad


Event last sekali untuk hari ini, mengambil adik aku dari matrik. Hari Jumaat sudah mula bercuti jadi petang Khamis adik aku meronta-ronta ingin pulang ke rumah kerana mungkin dia tidak sabar lagi untuk bermain internet ataupun ingin tidur dengan rakusnya seperti aku. Namun, aku tahu bahawa adik aku tidak boleh tidur dengan rakusnya kerana mak aku sudah ada kerja untuknya..haha.

Pakgad matrik menunggu kad outing baru boleh balik


Hari kedua : Khamis 18 September 2009
Hari ketiga : Jumaat 19 September 2009 (aku tak tahu apa akan berlaku)
Previous
Next Post »
3 Komen
avatar

slamat ari raya!!! ehehe... awal kamoo cuti...

Balas
avatar

ngeng..kamu ni mmg sengal!camat hari raye deh!tanx d shuweettt card..

Balas
avatar

salam..bagunan inkubator 2 mmbe aq ada pritikal..dia mtak kejap je.,...

Balas