Siri Cakap-cakap #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aku nak wujudkan tajuk sebegitu kerana banyak benda yang aku nak cakap tapi idea tak datang. Kiranya aku kumpulkan semua aktiviti aku dalam satu entry. Habis cerita..haha. Hari ini hari Sabtu jadi semua manusia di Malaysia sedang menikmati cuti (tak termasuk mereka yang berjuang untuk negara ye..hehe). Aku juga sedang bercuti dan memang bosan mengadap laptop saje tiap-tiap hari. Kalaulah dia study dekat dengan aku, memang tiap-tiap hari aku dating je..haha. Tapi apa boleh buat, aku dating dalam YM atau facebook jela, menjawab soalan yang pelbagai variasi dan rasa. Aku akan mula berperah otak pada Isnin ni. Harap-harap tiada lagi pelajar UTeM yang kena kuarantin, kalau tak bertambahlah cuti maka bertambahlah kelas tambahan yang akan dibuat. Aku tak sanggup nak pergi kelas malam di UTeM kampus tetap tu..haha. Ramai pekerja bangladesh dan Indonesia di situ.


Ada Facebook ke tak? Sumber : The Proverbial Lone Wolf Librarian’s Weblog


Situasi Semasa H1N1

Nampaknya virus ini semakin merebak di Malaysia. Pakar perubatan masih lagi berusaha mencari vaksin bagi menghapuskan penyakit ini. Macam biasa, fashion terkini yang aku tunjukkan dalam post sebelum ini, memakai topeng muka. Memang ramai yang sedar akan bahaya penyakit berjangkit dan memakai topeng muka ke mana saja. Kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan di Malaysia nampaknya sudah meningkat dan harap-harap ianya tidak berakhir begitu saja. Ia perlu diteruskan bagi membendung pelbagai penyakit yang kita tak tahu bila atau bagaimana ia akan muncul.


"Bagus pakai topeng ni" kata doktor itu


Latihan industri

Benda ini menyebabkan aku teramat pening. Pening sekali memikirkan di mana tempat aku akan buat praktikal untuk kursus aku ini. Sepatutnya ia tidak menjadi masalah kerana sepupu abah aku seorang jurutera elektronik di kilang Pioneer di Muar, Johor. Abah aku dan sepupunya sudah sepakat untuk mengambil aku membuat praktikal di situ dan dia akan menjadi supervisor aku. Tetapi, disebabkan keadaan abah aku yang sudah tidak seperti dulu, aku perlu mencari tempat praktikal yang dekat dengan rumah aku. Masalah bertambah rumit apabila kebanyakkan kilang elektronik di Melaka akan ditutup atau berpindah ke negeri lain. Kilang apa ada lagi kat Melaka ni??? Pening kepala aku. Aku memang berharap permohonan di TM Melaka akan diluluskan. Tak kisahlah berlainan kursus, aku tiada pilihan lagi.


TM MITC, Melaka


Blog

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku jarang update blog..haha. Aku tahu kesannya bilangan pengunjung akan berkurang kerana hanya membaca entry yang sama saja. Sebab aku tak tahu nak cerita apa lagi. Itulah sebabnya aku buat entry sebegini..haha. Harap-harap encik Joe tidak mengeluarkan aku dari list followernya..haha. Akhir sekali, kliklah segala iklan yang ada di blog aku ini tidak kira dari Nuffnang atau Google Adsense, nanti aku balas baliklah..hehe. Itu sajalah dari aku. Tunggu post akan datang tak tahu bila..hehe. Sekian.
Previous
Next Post »
14 Komen
avatar

smoga dpt tmpt praktikal yg selaras dgn kos kamu...jgn la dpt yg laen..mslh lak t..sy petik dari kate2 kamuuu.,.huuu

Balas
avatar

vaksin untuk cegah
kalau hapus kene cari penawar

Balas
avatar

ku juge merasai bahang ketensionan maw replace kelas..
aiyoo..penim2 dibwatnye lecturer asek tnya msa free nk wat kelas ganti..
ohho..disbbkn bz tu same la gak..tak smpat nk hapdet..incik joe maw buang sy jugak kah?? haha

Balas
avatar

Tahniah.. permohonan anda diluluskan.. Sila ke kounter untuk buat perbyaran kelulusan kepda Mohamad Razif..Hahaha
wei2.. dah cari lum pasal control.. Kau ada internet.. Senang.. hehe aku x de

Balas
avatar

aku praktikal kat HP damansara.. die byr RM900 sebulan.. mmg masyuk ar bg ku mase tu.. ehehehe..

Balas
avatar

weyh jard dapat elaun..byk untung wwooo..aku praktikal kat TM jb xdok dapat pun..dhla praktikal 6 bulan..rugi2...haha...

Balas
avatar

♥♥me ~ cik sara > ble lecturer tny psl ada mse ke x tu phm2 jela..haha

Balas
avatar

TM Melaka > perghh ajib ceo tm melaka..ssah maa nk wt lift tu..haha

Balas
avatar

Jard The Great > mak aih 900?? dh mcm gaji je tu..

Balas
avatar

DilOt > TM kn mmg xbg elaun kn..hehe

Balas
avatar

gud luk & semoga dpat tmpat practical k...
all d best!

Balas