Kom-Pu-Ter

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aku ingin bercerita mengenai komputer. Komputer merupakan suatu benda yang banyak mengubah kehidupan manusia di masa kini. Kamu mahu tahu? Ini antaranya:
  • Sebelum memiliki komputer, manusia perlu menggunakan tangan untuk menulis di atas kertas, sekarang manusia menggunakan tangan untuk menaip. Tidak perlu untuk menghitamkan perkataan kerana fungsi BOLD sudah ada.
  • Sebelum memiliki komputer, manusia hanya menonton television yang hampir setiap hari menayangkan cerita yang sama, sekarang manusia hanya perlu memuat turun cerita baru yang belum ditayangkan di television
  • Sebelum memiliki komputer, kebanyakkan manusia mempunyai penglihatan yang jelas, sekarang kebanyakkannya memakai cermin mata kerana terlalu lama mengadap komputer (macam aku..haha)
  • Sebelum memiliki komputer, blog ini tidak wujud. Malah, semua blog yang ada tidak wujud kerana internet memerlukan komputer. Sekarang ia tidak menjadi masalah kerana internet sentiasa sibuk gara-gara manusia sudah mempunyai komputer.


Suasana dalam Pusat Komputer UTeM.

Cukuplah 4 sebab aku sudah bagi. Ada banyak lagi tapi fikirlah sendiri ye..hehe. Ada sebab kenapa aku cerita pasal komputer. Semalam, aku, shafiee dan mohd azmi pergi ke fakulti untuk menghantar report makmal yang sudah siap. Oleh kerana kuasa komputer ini cukup kuat untuk menarik manusia, maka mereka pun pergilah ke Pusat Komputer UTeM yang agak-agak baru dibuka lebih kurang 3 bulan lepas. Tujuan mereka pergi ke situ ialah untuk menghabiskan masa terluang bermain dengan dunia internet yang sibuk itu. Maka, aku yang sudah bosan menghabiskan masa menangkap gambar menarik untuk tatapan kamu semua..hehe


Shafiee sedang melayan group BENE di Friendster.


Mamat itu sedang bermain Solitaire.

Ok, itu sahaja dari aku. Jumpa lagi dalam episod yang akan datang. Lebih mencabar dan berbahaya. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi..haha. Sekian.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

main solitaire? haha. dah lama x layan. best gak.. uhu

Balas
avatar

Jard The Great > xde sbb ak tukang amik gmbau..haha

Balas