Google Search

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Entry ini ada bau-bau teknologi ok. Aku akan cuba buat kamu semua faham walaupun kamu buat-buat tak faham, aku faham..haha. Google merupakan laman web carian yang sememangnya popular di dunia Internet. Laman utamanya yang simple gila membolehkan pengguna berasa senang hati apabila sampai di page itu. Aku juga menggunakan laman web Google sebagai penguji kepada kelajuan streamyx ini jika tiba-tiba aku berasa internet tidak laju. Jika page Google keluar dengan cepatnya, maka aku tahu streamyx bermasalah. Jika page Google keluar dengan susahnya, maka aku tahu yang internet sedang mengalami kelembapan luar biasa seperti yang berlaku apabila Michael Jackson sudah meninggal dunia. Sehinggakan Google terpaksa menggunakan pelindung servernya kerana takut dengan ancaman spam..haha. Dulu aku merupakan pengguna tegar Yahoo. Apabila ada maklumat yang aku akan cari, aku gunakan Yahoo. Tetapi, aku perasan yang kadang-kadang ada laman web yang keluar di Google tetapi tidak di Yahoo. Fenomena itu membuatkan aku bertukar kepada Google sehinggakan blog aku juga dihos oleh Google dengan subdomain blogspot.com..haha

Google banyak aplikasi


Sebenarnya, banyak lagi kegunaan Google Search. Secara asasnya, mungkin kamu hanya menaip sesuatu keyword di kotak kosong lalu ditekan enter dan keluarlah beribu mungkin berjuta keputusan pencarian tersebut. Apa yang lebih menghampakan ialah maklumat yang kamu ingin cari tidak berjumpa. Lalu dicuba dan dicuba keyword yang lain sehinggalah berjumpa dengan maklumat tersebut. Itu hanyalah asas. Banyak lagi kegunaannya. Mari kita lihat.
  • site:www.example.com
  • Senarai kesemua pautan yang berada di bawah www.example.com. Cara taip - site:[url web]
  • info:www.example.com
  • Maklumat laman web www.example.com dari Google. Cara taip - info:[url web]. Berguna jika kamu letak meta tag seperti yang aku cerita sebelum ni.
  • link:www.example.com
  • Senarai laman web lain yang ada pautan/link kepada www.example.com. Cara taip - link:[url web]
  • cache:www.example.com
  • Cache yang telah disimpan oleh Google. Ia akan menunjukkan gambar laman web itu. Cara taip - cache:[url web]
  • related:www.example.com
  • Senarai laman web yang mungkin sama dengan laman web yang dicari. Bagi aku, ia lain..haha
  • define:phrase
  • Boleh tahu maksud sesuatu perkataan itu. Phrase boleh ditukar dengan apa-apa perkataan saja asalkan ianya perkataan English..hehe. Cara taip - define:[perkataan english]
  • apple * sauce
  • Carian akan memaparkan kandungan yang ada perkataan apple dan sauce yang dipisahkan dengan hanya 1 perkataan. Berguna bagi mereka yang lupa sesuatu ayat..hehe. Cara taip - [perkataan 1] * [perkataan 2]
  • Nokia phone $100...300
  • Carian akan memaparkan kandungan yang ada menjual handphone nokia dalam lingkungan harga 100 hingga 300. Aku tidak berapa pasti ianya berkesan atau tak bagi handphone di Malaysia. Tetapi, kamu boleh cuba..hehe. Cara taip - [nama handphone] $[harga yang paling rendah]...[harga yang paling tinggi].

Ini baru sedikit. Belum lagi kotak carian Google itu digunakan untuk mengira matematik serta mencari kod barang yang dipos. Ia juga boleh digunakan untuk mencari nombor paten bagi sesuatu produk yang telah dipatenkan. Kotak Google juga boleh digunakan seperti yang ada di blog aku. Boleh cuba..hehe. Memang banyak sekali tetapi bagi aku, mungkin senarai di atas berguna bagi kamu yang ingin mencari maklumat. Segalanya di hujung jari jemari anda..haha.
Previous
Next Post »
6 Komen