14 Hari Selepas Perah Otak

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Aku kembali membawa cerita dari kehidupan aku yang tak seindah mana pun. Cuma orang di sekeliling aku yang membuatkan aku bertambah ceria dengan kehidupan aku. Kamu ceria atau tidak? Kamu kena ceria kerana kehidupan tidak akan datang lagi untuk kali kedua. Jadi, nikmatilah kehidupan ini sementara kamu masih ada peluang. Gunakanlah masa dengan sebaiknya untuk mengecapi kehidupan ini tetapi janganlah sampai terlupa dengan pembentukkan rohani ataupun spiritual iaitu melakukan amal ibadah supaya kehidupan kita akan lebih direstui dan disenangi.


Suasana sebelum bermulanya semester baru.

Memang sudah lama aku tidak update blog sehinggakan ada orang ternampak habuk di blog aku ini. Padahal aku tak nampak pun habuk di blog aku ni. Yang aku nampak hanyalah cicak-cicak yang sudah berumah tangga beberapa kali sehingga sudah mendapat cucu. Pada 1 Julai, aku pergi ke fakulti untuk mengambil exam khas kerana aku kemalangan dulu dan tidak sempat untuk mengambil exam bagi subjek Teknologi Mikropemproses. Suasananya memang terkawal dan tidak kedengaran bunyi orang yang sedang ceria.


Pelajar baru sedang bersiar-siar di UTeM.

Berbeza pula apabila masuknya semester baru, keadaannya berbeza sekali. Bukan berbeza dengan suasana semasa aku mengambil exam khas itu, tetapi berbeza sekali dengan semester yang sudah lepas. Jika dulu, aku hanya nampak ramai pekerja asing berjalan-jalan di sekitar fakulti, namun kini aku sudah melihat suasana universiti yang sebenar iaitu pelajar-pelajar mula memenuhi segenap alam di UTeM Durian Tunggal itu..haha.


Jadual bagi kursus yang aku ambil.

Aku bawa pula cerita PTPTN. Di UTeM, duit PTPTN sudah mula dikreditkan kepada pelajar. Kawan-kawan aku juga tidak terlepas peluang mendapat duit PTPTN yang berjumlah RM2478.00 yang mana kebanyakkan daripada mereka sudah berkira-kira untuk membeli handphone baru, baju baru, sweater baru, motor baru, kereta baru atau laptop baru. Mereka tidak terfikir untuk membeli buku kerana pensyarah sentiasa menyediakan nota pelajar.


Siapa punya angkara menghabiskan makanan ini???


Inilah orangnya. Namanya Azmi.

Akhir sekali, aku sedang menyiapkan template untuk digunakan dalam blog aku yang coklat ini. Tema warna yang aku gunakan ialah warna ungu terang. Nampak "girl" la plak tetapi sejujurnya aku memang minat dengan warna ungu. Setakat entry ini dipublish, template itu sudah 50% siap. Kamu boleh lihat di sini. Kelebihan yang paling ketara ialah loading yang teramat cepat kerana tidak banyak gambar yang digunakan. Kalau boleh, klik la sekali iklan adsense di situ..hehe.
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

student2 br..hehe..kdg2 aku nak tergelak tgk dieorg...

ungu..??hoho...ni leh jadi cik nasriah..hehe..opss..gurau...

Balas
avatar

DilOt > ak hri 1st tgk bdk bru ni dh trglak2 dh smbil bwk moto..haha

Balas