Retro - Jamuan Kelas Tingkatan 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aku ingin bercerita mengenai kisah lampau aku. Sebelum itu, semalam aku dapat surat dari UTeM. Khabarnya permohonan aku untuk mengambil exam diluluskan. Pada 1 Julai 2009, dikala orang sedang bercuti dan memikirkan semester baru, aku pula memikirkan exam dari semester lepas..haha. Aku akan mengambil exam subjek Teknologi Mikropemproses di dalam bilik mesyuarat fakulti. Mewahnya tempat..haha. Ok, habis cerita pasal exam. Cerita pasal entry ini pulak. Semasa aku berada di tingkatan 5, aku merupakan presiden kelas pada waktu itu. Kelas itu 5 Al-Razi. Aku merupakan presiden kelas yang ketiga dilantik di kelas itu sejak tingkatan 4. Maktab aku ni mengamalkan sistem pelajar kekal (saja bagi nama). Sistem ini menyebabkan pelajar akan kekal di kelas itu sehingga tamat tingkatan 5.


Budak kelas aku. Aku pakai topi hitam..hehe

Jadi, budak kelas aku pun memulakan misi mengumpul duit bagi menjayakan jamuan kelas. Sebab lepas jamuan itu, masing-masing akan memerah otak sehingga berdarah untuk SPM. Meriah juga jamuan itu kerana presiden kelasnya adalah aku..haha. Ya, budak kelas aku terdiri daripada mereka yang bertubuh sasa hasil daripada permainan ragbi yang mereka main. Wakil maktab woo..


Itulah Amir. Dia malu-malu sebab dapat hadiah.

Walaupun namanya jamuan, tidak semestinya kita makan saja..haha. Untuk menambahkan meriah yang sememangnya sudah meriah, diadakan pula games kotak beracun. Kotak itu tak beracun tapi isi dalamnya yang beracun. Aku semestinya kena sebab mereka suka mengenakan aku. Aku kena apa tah. Tapi ianya memang memalukan..haha. Selepas itu, pertukaran hadiah pula. Aku mendapat sehelai baju bersaiz perempuan daripada Irfan a.k.a botak sebab dia ingat hadiah dia mesti sampai pada perempuan. Hadiah yang aku sumbangkan pula diterima oleh Amir a.k.a jiwang. Tengok muka dia gerenti rasa jiwang. Betul ke? Aku rasa takde pape pun.


Hitam itu keenakkan abadi.

Akhir sekali, inilah santapan utama pada jamuan tersebut. Pukul 8 pagi sudah kena bakar. Nanti lambat masak, lambatlah start jamuan itu..hehe. Pesanan dari aku, janganlah kecur..haha
Previous
Next Post »
11 Komen
avatar

ko ni buat tingat zaman sekolah dulu...hehe

Balas
avatar

POSH76 > nme pn retro..hehe tringt zmn dlu2 kala di wktu msih muda dan brseri2..haha

Balas
avatar

sukee gilak ayam bbq..erm,btw,plg cukee mse kt skola menengah compare to mtrix n mse kt u..npe ek?mse skola sgt besh n sgt sengal..

Balas
avatar

beshnye...
rinndu zaman skola dlu
xD

Balas
avatar

ada gambar? hmm.. gmbr2 masa zaman sekolah dulu tah hilang ke mana. kalau ada pun, sikit je.

Balas
avatar

kalo wat utk membe sekolah rendah...mesti best sket kot...masing2 mmg dh lame x jumpe...

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > sbb time skola menengah kne skema..haha

Balas
avatar

Eazy Izzuddin > mse xbleh diputar kmbali..hehe

Balas
avatar

ije > gmbar ni milik kmera digital kwn..hehe

Balas
avatar

DilOt > skola rndah..xmtang lg..hehe

Balas