Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini hari Isnin, hari permulaan kerja bagi mereka yang bekerja selain dari pantai timur..hehe. Maka, twitter aku pun penuh dengan update dari mereka yang bekerja. Amat berbeza sekali apabila masuknya hari cuti Sabtu dan Ahad, twitter aku dipenuhi dengan iklan sahaja. So, hari cuti semestinya tidak dilepaskan peluang bagi mereka yang terlalu sibuk bekerja. Ada yang hanya berehat sahaja di rumah, ada yang pergi berkelah, bershopping. Aku belum bekerja lagi jadi aku tidak berapa tahu bagaimana keadaan orang yang bekerja. Sempat pulak aku update blog padahal 1 Julai ini aku ada exam yang tidak dapat jawab kerana accident dulu..hehe. Semalam, dikala musim durian dan rambutan yang belum berhenti, family aku pulang ke kampung. Suasana di kampung seperti yang kita tahu memang berbeza sekali dengan kehidupan di kota.

Sempat lagi posing padahal time tu sedang berkejar-kejaran


Bila tengok ayam-ayam tersebut, terasa aman je. Kehidupan di kampung yang tenang dan tidak bising dengan bunyi kenderaan. Orang menjerit aku rasa lebih 10km boleh didengar..haha. Ha, cerita pasal musim durian dan rambutan pula, semestinya aku tidak melepaskan peluang memungut buah-buah itu. Dalam perjalanan pulang ke kampung pun, aku lihat pokok rambutan di tepi jalan berseri-seri dengan buah rambutan yang berwarna merah dan kuning itu. Memang banyak rambutan yang telah dipungut oleh aku dan mak aku..haha.

Rambutan merah. Berseri-seri aku memetiknya


Durian pula, nasib tidak menyebelahi kerana durian yang ada di situ hanya kecik saja. Kebanyakkan durian yang ok semua telah dijual. Tidak mengapalah, kebas saja apa yang ada (bak kata abah aku). Ada dekat 9 biji durian yang telah dikebas..haha. Tapi, aku tak boleh makan durian menurut si dia sebab durian boleh menyebabkan darah tinggi menjadi tinggi. Aku akur kerana dia doktor peribadi aku.

Durian yang montel


Misi memungut buah diteruskan lagi. Kali ini, misi mengait buah kelapa muda untuk diminum. Maklumlah, sekarang kan musim panas. Panas yang teramat sangat sehingga boleh membuatkan kita demam panas. Bila minum air kelapa muda, ianya boleh memberikan kita tenaga untuk terus hidup dalam keadaan panas..hehe. Kelapa tua juga diangkut balik untuk dijadikan bahan untuk masak seperti kari dan masak lemak..hehe

Kelapa muda dan tua. Muda sedap, tua tak sedap..hehe


Pukul 6 petang, family aku pulang ke rumah dengan gembiranya kerana dapat banyak buah-buahan. Tetapi, singgah di pasar malam kejap untuk membeli makanan..hehe.

16 komen:

Jard The Great said...

aku teringin nk makan durian.. uhukzzz..

joegrimjow said...

baru lepas makan pulut duyan
hehe

wess
ajo ku camne nak buat blog camni
lawa pamplate

DilOt said...

ko nak durian yg lg montel2 x..kat kwsn kubur..hehe..

lebih 10km boleh didengar....mak aiii..kuatnye jerit....

pinky_funky said...

hehe...cukeee gilak ngn duyan..klo dh kenyang pon ley mkn lg..sdap2..hehe

Mangkuk.com said...

salam tuan tanah...hohoh duri erk??? nak skit...

ije said...

nasib baik tadi da minum air kelapa. kalo tak, nak suh nasri datang hantar kelapa tu!~

cik ateen said...

hye..
salam ziarah..a
wk ad twitter ker??
follow laa sya yer..
amek link twitter sya kat post yg tjuk my twitter,,
;))

Mohd Nasri Md. Nasir said...

Jard The Great > mau durian? beli di gerai2 berhampiran..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

joegrimjow > sodap tu joe..esk nk wt bubur kacang cmpur durian..hehe
g kt sni Blogger Template utk bnyk template menarik..
tp prlukan asas utk edit template skit2 gk..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

DilOt > seram la plak kt kubur..hehe
tu hnya imaginasi yg menunjukkan bahawa suasana di kmpung itu snyap..
spe la nk jerit2..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

pinky_funky > mkn2..jgn smpai demam lak..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

Mangkuk.com > nk skit? amik la gmbau tu..tepek kt blog..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

ije > oh tidak..kelapa itu sy belum minum lg..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

cik ateen > sudah follow..hehe

POSH76 said...

bestnyer ada kg....aku ada kg tapi takdak org....huhu

Mohd Nasri Md. Nasir said...

POSH76 > kesian..

Post a Comment

- Marilah menghantar komen di blog ini
- Dijamin komen akan dibalas oleh pemilik blog ini
- Dijamin puas hati
- Dijamin akan mendapat pulangan yang lumayan
- Ish, apa aku merepek ni?
- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar