Blog - Trend Baru?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Entry ini lebih kepada sedikit buah fikiran daripada aku. Amaran dari aku : Lepas ayat ini entry ini akan menjadi serius, jadi sila gelak sekarang..haha. Ok, mula-mula sedikit perihal blog aku. Aku mula mewujudkan blog ini pada 14 Oktober 2008 iaitu ulangtahun kelahiran aku yang ke 20. Pada asalnya, aku berniat mewujudkan blog ini sebagai tempat untuk aku menajamkan lagi pengetahuan berkaitan dengan HTML atau skill membina laman web. Aku pernah membangunkan web bersama adik aku yang ketika itu dia masuk pertandingan mereka web astronomi peringkat negeri. Besar cabarannya kerana web yang dibina ini bukanlah untuk peribadi tetapi untuk sekolah. Dari situlah aku mula berjinak dengan pembangunan laman web. Dahulu, aku menggunakan tagline "Don't Know What To Write" sebab aku merasakan tiada idea yang aku hendak taip di blog ini. Aku memang belajar HTML dari blog ini. Mungkin tidak ramai yang perasan bahawa blog aku pernah menyediakan gambar background yang boleh ditukar-tukar mengikut citarasa.

Kemaskini blog kamu. Sumber : GlobalGoodness


Itu serba sedikit cerita blog aku. Sejak aku ada blog, aku selalu pergi ke blog lain untuk membaca entry dan memberi komen. Kadang-kadang aku berbalas shoutbox dengan blogger lain. Dekat beratus blog juga yang aku dah jejak. Kadang-kadang aku hanya menjadi silent reader sahaja. Macam-macam jenis blog yang aku dah jumpa. Kamu boleh lihat senarai di bawah.
  1. Blog mengenai kisah kehidupan
  2. Blog jenis ini memang selalu sangat dijumpai. Blog ini biasanya mengisahkan kehidupan yang dilalui penulis. Ada juga yang menjadi blog sebagai tempat luahan hati serta pendapat yang berkaitan dengan peribadi penulis itu. Blog jenis ini jugalah yang menyebabkan seseorang boleh menjadi terlalu addict.
  3. Online shopping
  4. Aku boleh katakan yang blog jenis ini sekarang tumbuh bagai cendawan selepas hujan lebat yang disusuli dengan kilat. Biasanya apabila mengunjung blog ini, kita didedahkan dengan barang-barang yang dijual secara online serta promosi yang dijalankan. Berhati-hatilah apabila melakukan proses jual beli di blog kerana kita tidak tahu identiti sebenar pembuat blog itu.
  5. Blog informasi
  6. Mesti kamu semua kenal dengan blog MY ADHA..hehe. Blog itu merupakan salah satu daripada blog informasi. Blog informasi mungkin memberikan kita informasi yang selama ini kita tidak tahu pun. Namun begitu, janganlah mudah tertipu dengan informasi yang kamu rasa meragukan.
  7. Blog komuniti
  8. Siapa dah join komuniti FCU? Komuniti FCU mempunyai blognya sendiri dan itu yang dipanggil sebagai blog komuniti. Ia merupakan salah satu cara untuk menarik hits ke blog kita. Ada juga blog yang diwujudkan khas untuk blogger yang menuntut di IPTA atau IPTS. Ianya juga boleh dipanggil blog komuniti.
  9. Download center
  10. Blog jenis ini khas bagi mereka yang suka memuat turun tidak kira lagu, movies atau software. Bagi mereka yang suka update blog jenis ini, aku jamin dengan kerajinan promosi blog jenis ini di blog orang lain, kamu boleh dapat pengunjung sehingga 5000 orang untuk sehari. Boleh tengok blog Lagu Top Masa Kini sebagai contoh.
  11. E-Novel dan komik
  12. Menjadi trend terkini bagi golongan dalam linkungan 15-40 tahun membaca novel di internet. Memandangkan banyak halangan yang terpaksa ditempuh demi membeli sebuah novel, lebih baik jika baca sahaja di blog. Kamu boleh tengok contoh blog e-novel di sini.
  13. Iklan
  14. Blog jenis ini kurang digemari oleh aku..haha. Sebab blog jenis ini penuh dengan iklan-iklan yang menyuruh kita mendaftar menjadi ahli, dapat duit dari blog la.


Memang tidak dinafikan sudah ramai manusia yang terlalu taksub dengan blog. Ada manusia menggunakan blog sebagai tempat untuk mencari duit. Ada manusia menggunakan blog sebagai tempat mencari kenalan baru. Media semasa juga sudah mula menjadikan blog sebagai tempat rujukan mencari informasi terbaru. Trend ini memang sudah berleluasa di Malaysia. Jika dulu kita dihebahkan dengan kempen "1 rumah 1 komputer" tetapi kini mungkin kempen itu sudah berjaya, manusia mula berjinak-jinak dengan blog yang akhirnya menyebabkan mereka terlalu mengambil berat mengenai blog. Pegawai kerajaan juga sudah mula menjadikan blog sebagai cara alternatif untuk menyampaikan sesuatu pengumuman atau buah fikiran. Secara tidak langsung, ia boleh mendekatkan pegawai kerajaan yang bertaraf "MENTERI" dengan rakyat.

Apabila manusia terlalu taksub dengan blog


Sebagai kesimpulan, walau dengan apa cara sekalipun kita berblog, janganlah kita menggunakan hak kebebasan bersuara itu dengan menerbitkan blog atau kenyataan yang boleh menggugat keamanan negara atau agama. Jadikanlah blog sebagai medium untuk bertukar-tukar fikiran walaupun cerita yang kita letak di blog merupakan cerita peribadi atau kehidupan kita sendiri. Terima kasih.
Previous
Next Post »
16 Komen
avatar

Perrggghh.. Bener apa dikata.. =)

Balas
avatar

takotnyeee tgok gmbr yg bwh tuh..huk2

Balas
avatar

pinky_funky > nas xwt cmtu la..hahaha

Balas
avatar

skang ni cikgu2 pun diberi kursus cara2 buat blog..

pelik..tp ia benar ...haha...

kalo gambar yg last tu..."Apabila manusia terlalu taksub dengan blog"...tu dh melampau ar...

Balas
avatar

DilOt > tp suatu hari nnti xmustahil akn ada kursus blog di universiti sprti yg diwar-warkn..hehe

hoho gmbar last tu bg mereka yg gle gle gle blog smpai xigt dunia..

Balas
avatar

Memblog boleh jadi addicted. Betul! So kenaler kontrol. Hih hi hi ... ni ingatan pd diri sendiri nih ...

Balas
avatar

haha. melampau lak baca cartoon yang last tu. uhu.

Balas
avatar

nice info ;)
erm actually kite leyh wat mcm2 lam blog .
crik income pon buleh , for wat kite gune blog tp tak dpt ape2 hasil . tuh hnye pndangan la . terpulang kpd individu . Blog mmg sesuatu yg leyh wat addict ! haha ;p

Balas
avatar

bersederhana itu adalah sebaik baiknya...

Balas
avatar

blog best!tu je nak cakap bleh??

err gambo bawah tu..eeekekeke

Balas
avatar

aku pun sudah addict dgn ini blog...satu ari tak adap mesti tak best punyer...hehe

Balas
avatar

Precious > kontrol la diri anda sblm blog kontrol anda..hehe

Balas
avatar

ije > tidak..mngkin mereka nk tdo..tkut suaminya post gk kt blog..haha

Balas