2 Persoalan Berguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Seperti yang telah aku ceritakan di entry sebelum ini, aku memang tak tahu nak update apa di blog ini kerana aku banyak menghabiskan masa aku di rumah mengadap laptop serta tv. Kadang-kadang aku keluar rumah pergi kedai mamak untuk membeli barang. Ke kamu sanggup nak baca cerita di kedai mamak, aku tidak kisah..haha. Kehidupan aku akan bertambah bosan jika aku tidak bermain games seperti yang telah aku tunjukkan sebelum ini. Games itulah menjadi penyeri aku di rumah..hehe. Ok, berbalik kepada tajuk entry, ada 2 persoalan yang aku ingin berkongsi bersama kamu semua. Jika kamu rajin, bolehlah memberi pandangan di bahagian komen atau setidak-tidak pun kamu boleh berkata apa sahaja berkaitan dengan persoalan ini.

Persoalan tiada jawapan?


Berjalan di blog orang lain boleh memberi idea apa yang boleh ditaip di dalam blog. Kadang-kadang, kita akan terjumpa dengan entry yang mungkin membuatkan kamu tertanya-tanya, atau mungkin membuatkan kamu berfikir sejenak tentang apa yang cuba disampaikan penulis. Seperti aku juga, aku membaca entry di blog orang dan kadang-kadang ia membuatkan aku berfikir. Lalu, terkeluarlah 2 persoalan ini.


Penggunaan perkataan ekspresi

Perkataan ekspresi yang aku maksudkan ialah penggunaan perkataan yang menggambarkan keadaan penulis seperti "haha", "hehe", "huhu" dan banyak lagi. Sebenarnya ia tidak menjadi persoalan bagi aku tetapi aku terjumpalah 1 blog yang mengkritik mereka yang menggunakan perkataan ini. Bagi penulis itu, mereka yang menggunakan perkataan sedemikian menggambarkan sikap yang tidak serius semasa mengeluarkan entry tersebut. Bagi aku, majoriti blog yang ada di Malaysia bukanlah berkisarkan kepada fakta yang memerlukan keseriusan ayat. Kebanyakkan mereka menggunakan blog sebagai tempat untuk berkongsi apa sahaja, sama juga perihalnya dalam kehidupan kita seharian. Ada masanya kita perlu serius dan ada masanya juga kita perlu bergurau supaya dapat melepaskan tekanan.

Sama juga perihalnya dengan blog. Ada masanya penulis blog terlalu serius, kadang-kadang penulis blog terlalu gembira. Kita sebagai pembaca boleh tangkap apa yang cuba disampaikan dengan membaca entry tersebut bila adanya perkataan ekspresi ini. Dengan menggunakan perkataan ekspresi, kita boleh tahu apa keadaan penulis blog tanpa perlu berjumpa dengannya. Melainkan di alam realiti, kita boleh nampak apa keadaan seseorang tersebut.

Smiley mempunyai banyak keadaan. Sumber : MouseRunner.com


Laman sosial buang masa?

Banyak juga tempat yang aku baca mempunyai pemikiran yang sedemikian. Kebanyakkan daripada mereka merasakan bahawa laman sosial hanyalah sebagai tempat bagi mereka mencari kenalan baru. Aku bukanlah ingin membidas pemikiran mereka, cuma aku merasakan yang setiap orang ada caranya yang tersendiri bagaimana menggunakan laman sosial dengan sebaik-baiknya. Aku akui kadang-kadang laman sosial ini boleh membuang masa tetapi jika ianya digunakan sebaiknya, mungkin ia boleh memberi faedah yang besar manfaatnya.

Banyak entry yang aku baca, dengan laman sosial mereka tahu apa yang berlaku kepada rakan mereka. Ada yang hendak berkahwin, ada yang sudah keluar negara dan ada juga yang sudah bekerja dan mendapat jawatan tinggi. Aku sendiri tidak mengetahui ramai kawan aku yang sudah ke luar negara. Lepas aku daftar di Facebook dan mencari kawan-kawan lama aku, barulah aku tahu yang mereka sedang berseronok bermain salji di sana.

Laman sosial yang pelbagai


Itu sahaja dari aku. Boleh menghantar komen di bahagian komen..hehe. Sekian.
Previous
Next Post »
8 Komen
avatar

sapa yg ckp camtu.?

nama pon blog,,personal blog..jadi mereka berhak tulis apa sahaja,,tak kirela sesuatu yg serius atau tak,..ayatkan bole gambarkan emosi..

bila kite tak begitu,jgn tarik org jadi macam dia yg begitu...paham??saya pun tak paham.hahaha

Balas
avatar

aku setuju...suka atilah kan kt nyer blog...hader aku kesah...mana ada blog strictly kena follow the rules..my opinion aku lebih suka baca blog base on true story with photo tak kisah ler kesah family ko ...tuceng ko ker..but please make it shortlah.....suker baca...tak suka buleh blah...tp kalu ko nak aku baca artikel ko yg panjang lebar...sori mmg aku tak koser...just my opinion

Balas
avatar

POSH76 > mcm azwan ali je..haha

pd pndapat aku pula, aku tak kisah org nk bce blog aku ke x..pnjg ke pndek ke itu tak mnjadi mslh..

Balas
avatar

ye meh...kalo terlalu serius xde nada gelak2..(hehe..hihi..huhu..) pun susah gak..mcm bosan je..dh la tgk berite pun serius ni tgk blog pun kene serius gak...alahai..

Balas
avatar

"Sama juga perihalnya dengan blog. Ada masanya penulis blog terlalu serius, kadang-kadang penulis blog terlalu gembira."

bgi sy ye tuan nasri,blog kamu ini slalunye skema,,samada kamo0 gembira atau serius,ayt kamu ttp skema..itu pndangan sy shj ya donk..segala bantahan buleh disuarakan..sy juga telah mnjdi skema spt ayt2 yg digunakan di blog kamo0..haha..

Balas
avatar

nasri, tulun aku...shoutmix aku bnyk spammer, aku dah ban pon ada lg msuk...arghhh!!!tensen2

Balas
avatar

tak kira apa gaya penulisan, yg penting ada isi..
even klu merapu selit r sket santapan minda :-)

aku suka merapu..
thank u :-)

Balas