Manchester United Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aku tiada apa yang boleh diceritakan di sini. Jadi, aku sebagai pencinta kepada sukan bola sepak umumnya dan menyokong Manchester United khususnya akan bercerita mengenai Manchester United..hehe. Seperti yang ramai sudah tahu, Manchester United telah menjulang trofi Barclays Premier League untuk 2 season berturut-turut selepas seri kepada Arsenal di Old Trafford. Perlawanan liga terakhir untuk musim ini juga memperlihatkan barisan pemain muda dan baru Manchester United telah mengalahkan Hull City dengan jaringan 1-0 hasil rembatan cantik daripada Gibson. Keputusan itu sudah cukup untuk menutup mulut manager kelab-kelab yang sudah disingkirkan daripada liga iaitu Middlebrough, Newcastle United dan juga kelab Sunderland yang terselamat daripada zon penyingkiran bahawa pemain-pemain Manchester United berupaya untuk mengalahkan pihak lawan walaupun tiada pemain utama yang beraksi.

Manchester United menjulang trofi Barclays Premier League


Salah seorang fan Newcastle United yang kecewa. Foto oleh Skysports


Perlawanan liga sudah tamat. Namun begitu, 2 kelab ini akan sibuk dengan persiapan pemain. Manchester United akan menentang FC Barcelona dalam UEFA Champions League final di Stadio Olimpico di Rome, Itali. Manakala Chelsea pula akan menentang Everton dalam FA Cup final di Stadium Wembley, England. Pastinya, ramai yang akan tertumpu kepada match Manchester United-FC Barcelona kerana 2 kelab ini baru segar daripada kemenangan menjulang trofi liga di negara masing-masing. Juga, trofi UEFA Champions League ini lebih bermakna kepada kedua-dua pasukan. Manchester United akan menjadi kelab pertama yang mengekalkan kejuaraan UEFA Champions League selama 2 musim berturut-turut selama piala ini diubah formatnya daripada European Cup pada tahun 1992. FC Barcelona pula akan menjadi kelab pertama Sepanyol yang menjulang 'Treble' pada musim ini.

Lionel Messi bakal menjadi pemusnah kepada Manchester United...


Tetapi Ronaldo-Rooney mampu membuat serangan balas yang cepat


P.S. : Agak-agak team mana menang eh? hehe...
Previous
Next Post »
10 Komen
avatar

hehe... at least ku tak kecewa.....

Balas
avatar

Jard The Great > xkecewa sbb pe..hehe

Balas
avatar

saya pasti barca menang 2-1..sekian..

yg benar~ex pakwe messi..haha

Balas
avatar

helena's > sy pasti mu mnang 3-1..sekian..

yg benar abg ipar messi..haha

Balas
avatar

kenapa semua ngaku famili messi ni? haha.

yg benar, messi. =P

Balas
avatar

ije > haraf maaf, messi seorg lelaki..

yg benar, ayah messi..haha

Balas
avatar

hehee..mstila MU mng..hik2.
yg betul,
-awek kesygn cristiano ronaldo-

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > MU mmg mnang, sy jamin...

yg betul, cristiano ronaldo yg konpius..haha

Balas