High Definition

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Entry ini akan membawa kita semua ke dunia yang serba kekunoan sehinggalah apa yang telah kita nikmati sekarang. Aku cuba membawa kamu semua ke dunia yang pada masa itu semua manusia masih lagi boleh tengok movie yang best sehingga tidak perlu lagi ke panggung wayang yang berdekatan mahupun yang berjauhan. Ada orang yang terlalu addict kepada cerita-cerita di pawagam. Ada juga orang yang hanya menunggu masa untuk mendapatkan cerita itu di kedai. Aku sememangnya tidak pernah ke pawagam kerana ianya terlalu gelap..hehe. Dahulu, jika mak aku ingin menonton movie, dia perlu ke kedai sewa movie dan menyewa movie tersebut untuk suatu jangka masa. Pada masa itu, zaman video tape telah berleluasa. Hampir setiap rumah akan memiliki satu video tape player.

Video tape zaman dulu. Sumber

Aku juga berasa bangga kerana tidak perlu lagi untuk menyewa video tape sebaliknya mak aku sudah mampu membeli video tape sendiri. Cerita pertama yang mak aku beli ialah Hello Brother iaitu sebuah filem lakonan Salman Khan (hindustan..hehe). Namun begitu, disebabkan harga video tape yang mahal, dalam linkungan harga RM20, mak aku tidak mampu membeli seberapa banyak video tape. Tahun itu tahun 2000. Aku baru masuk alam video tape, manusia sudah selangkah ke hadapan dengan filem-filem dijual pula dalam bentuk CD. Haiyoh, aku ketinggalan lagi. Namun begitu, pada tahun 2001, abah aku sudah menuntut wang pencennya sebanyak RM10 000 dan membeli set HiFi cap Sony. Tidak mahu ketinggalan barangkali.

Set HiFi cap Sony di rumah..hehe

Dengan adanya set HiFi itu, maka mak aku bolehlah membeli cerita di kedai-kedai dengan berleluasa kerana harga CD itu lebih kurang RM5 sekeping, 4 kali ganda lebih murah daripada video tape. Setakat ini, sudah lebih kurang 100 CD yang sudah mak aku beli, cerita-cerita dan juga lagu. Namun begitu, manusia tidak puas lagi. Keluarnya DVD menyebabkan kebanyakkan cerita kini sudah boleh dimainkan secara interaktif dengan adanya menu-menu yang boleh dipilih. Aku pula, masih lagi tersangkut dengan CD-CD yang sudah berlambak di rumah. Namun begitu, set HiFi itu macam sudah merasa yang beliau sudah ketinggalan zaman. Hasilnya, pemain CD rosak dan tidak boleh dibetulkan kembali.

Dengan harga RM180, abah aku menyuruh mak aku membeli pemain DVD pula. Tahun itu tahun 2007. Pemain DVD digunakan untuk memainkan CD-CD lama yang ada di rumah. Semenjak pemain DVD itu ada di rumah, tidak pernah sekali mak aku membeli cerita dalam bentuk DVD kerana harganya terlalu mahal. Tetapi, waktu itu aku sudah mempunyai laptop dan sudah kenal dengan istilah cetak rompak. Teruja untuk melihat pemain DVD itu memainkan DVD, aku burn 5 cerita dalam 1 DVD dan hasilnya mak aku suka dan menyuruh aku download cerita banyak-banyak..hehe.

Digital Video Disc. Sumber

Pada ketika ini banyak cerita telah dikeluarkan dalam bentuk High Definition yang mana kita dapat melihat dengan lebih jelas babak-babak dalam cerita tersebut. Sudah keluar pula Blu-Ray disc dan juga HD DVD yang berkapasiti lebih tinggi untuk menyimpan cerita-cerita High Definition. Adakah teknologi ini berkembang lagi? Aku tak tahu..hehe

P.S : Waktu ini aku sedang download cerita Quarantine dalam High Definition..hehe
Previous
Next Post »
16 Komen
avatar

dlu ingat org jepun yg bagi
mase tu da xpakai da

Balas
avatar

joegrimjow > org jepun bg pe? radio ke? hehe

Balas
avatar

hik3....
pemain video maseh ade di rumah ni sampai skang
hehe
tp da rosak la
huhu

Balas
avatar

pasni tatau la ape lagi..hehe
err saya nak cerita slamdog millionaire buleh burn kan??buleh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..haha

Balas
avatar

Eazy Izzuddin > haha..sy ada gk..tp dh rosak n dh derma kt tong sampah..haha

Balas
avatar

helena's > bleh2..tp ada pengeras laaaaaaaaaaaaaa..haha

Balas
avatar

video tape tue zaman bila daa...
ak x penah guna pon rasenya...hik3

Balas
avatar

hihi...
peralihan zaman..
bg si dia yg cetak rompak???hehe
bek bg dlm pendrive jer...
leh save dlm hard disk tros..hehe

Balas
avatar

skang dh xde benda tu..dh buang sbb video tape kan bapaknye besar..xcukup space nak simpan..tapi tu dulu2..skang sume simpan dlm hardisk je..

Balas
avatar

azuan > zaman blog ni xwujud..tahun 1991..hehe

Balas
avatar

norlina mohd rasid > tp kne donlod dlu..lgpn si dia ada kt umah..jauh dr sy..hehe

Balas
avatar

DilOt > tape mmg bapak besar..haha smpan dlm harddisk ok gk..tp hard disk bapak besar..leh smpan bnyk cter..haha

Balas
avatar

haha
derma kat tong sampah erk....
but me still at home
syg wooo
=P

Balas
avatar

hahaha aku ada 2 subjek yg setiap satunya aku belajar benda ni je penuh satu chapter...

Balas
avatar

Eazy Izzuddin > mmg syg nk buang tp apakan daya..umah kcik..haha

Balas