
Tamat cerita pasal bola..hehe. Cerita pasal contest pula. Pada bulan April yang lepas, aku telah join contest yang dianjurkan oleh blog Nagaperang. Contest itu adalah berkaitan dengan diri penulis dan kehidupannya. Sememangnya banyak juga soalan yang aku tak tahu kerana aku baru sahaja mengenali beliau di alam blog. Maka 1 hari aku godek blognya untuk membaca entry-entry lepas, manalah tahu kot2 ada jawapan. Memang ada tapi tidak banyak. Mungkin aku terlepas entry..haha. Soalan lain memang aku hentam saja. Hentam sajalah. Hasilnya, dapatlah aku tempat ke-2 senarai pemenang. Alhamdulillah. Hadiahnya? Aku pun tidak tahu kerana beliau sendiri tidak menulis apa hadiahnya. Aku tidak kisah apa hadiahnya sekalipun, soalannya membuatka aku dapat mengenali Nagaperang walaupun aku tidak pernah berjumpa di mana-mana.

Aku baru saja mengupdate bahagian "Mengenai Saya". Aku tahu ramai juga yang sudah membaca kisah hidup aku sejak aku lahir sehinggalah aku naik tingkatan 3 berdasarkan kepada Feedjit yang sentiasa bersamaku di mana jua aku berada..haha. Kisah itu telahpun aku sambung dan aku cerita sehingga sekarang. Bolehlah baca kalau nak tahu sebab ia merupakan entry aku yang paling panjang sekali, hanya ada 2 gambar sahaja iaitu gambar aku di Australia dan juga gambar mak aku yang sedang menikmati hidangan KFC..hehe.
Kebetulan pula, aku terbaca di blog Joe, iaitu kawan aku di KMM (Matrik London), beliau ada menganjurkan contest mengenai kisah kehidupan yang boleh diingati. Contestnya memang sesuai dengan apa yang telah aku update lalu aku pun ingin masuklah. Hadiahnya amat menarik. Menang tempat pertama dapat baju t-shirt Manchester United yang original punya. Datang dari Old Trafford..haha. Aku ni dah la peminat setia Manchester United. Aku tidak akan melepaskan peluang ini..hehe. Sesiapa yang ingin masuk contestnya, bolehlah tengok blognya di sini. Link contestnya di sini. Aku amat mengalu-alukan dikau semua untuk menjadi followernya kerana penulisannya boleh tahan juga walaupun sengal ubi kentang (ampun encik joe..hehe).
Akhir sekali, aku ada lagi 1 exam sahaja lagi sebelum aku tamat tahun 2. Ramai juga yang sudah mula berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman kerana exam sudah habis. Aku memang lambat lagi habis sebab aku mula exam tersangat lambat. Orang lain dah dekat 4 paper, barulah aku mula menjawab soalan exam. Paper terakhir yang aku akan conteng ialah Teknologi Mikropemproses atau bahasa makciknya Teknologi Cip. Lepas ini kalau Intel datang promote aku jadi engineer ok gak..haha.
20 Komen
♥ kalo dapat hadiah jangan lupa share ngan along.. hehehe.. ♥
BalasAlong Arman > tu dh mnang dh..nombor 2..hehe
Balashehe
Balasadiah tempat pertama salah tu
baju n duit
hhehe
mecey2
tahniah tuan, semoga tuan dah tahu perangai budak SS nie kurang lebih yer :)
Balascayok! sharing is caring. hadiah adlah dibuat dari handmade gallery..lalalala :)
ti saya post yer :p
joegrimjow > dpt duit skli ke..haha yg pnting bju tu..haha
BalasShitsurei shimashita > time ksih..haha tau skit2 je..sbb xsmpat nk godek abs2..haha
Balasdpt adiahla ni eh...jgn lupe upload kt blog adiahnye..hehe..
BalasDilOt > klau igt la..tkut terexcited sgt smpai lpe nk gmbau..haha
BalasMU bakal bertemu Chelsea lg.. bertemulah kite semula.. hehe.. ko plak bile nk buat contestnye??
Balasmr coklat > aha..xtau lg..second lge mngkin lg sengit..haha oo sumber kewangan xckup nk wt contest..hehe
BalasArsenal mesti pukul abis punyalah...Arsenal forever.
Balasdenaihati > haha..tgk r nnti spe yg mara ke final..
Balasxtau pape psal bola. *harap maklum. ehe
Balasstudi rajin2 ye! jgn igt jersey mu je. huks
ije > xleh..kne igt gk bju tu..haha
Balasaku ade member keje kat Intel.. kalo ko dah grad.. nnt aku syorkan nama ko kat intel .. ahaha..
Balasnways.. gudluck masuk contest en joe tu.. hehe
ini bm mesti a ni spm..kan kan??haha saya suke ayat anda,,tapi saya tidak suke MU kerana saya suke liverpool..ehehe
Balasmtk2 MU kalah final ngn barcelona t....uppppsss..silap lak..mtk2 MU menang..hehe.. :P
BalasJard The Great > hehe..arp2 dpt la bju mu tu..
Balashelena's > bm sy a kot..hehe oo ske liverpool..ke ske fernando torres??? haha
Balas^^ PinKy_FuNKy ~~ > mu leh mnang pny la..hehe
Balas