Contest dan Exam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Pertama sekali, aku ucapkan tahniah kepada encik mohd ayie bin che sarif dan juga sir hanif (giggs pun belum dapat gelaran sir lagi..hehe) kerana kejayaan Manchester United menewaskan Arsenal dengan jaringan 1 gol berbalas 0 dalam semi final UEFA Champions League di Old Trafford. Walaupun hanya 1 jaringan sahaja namun semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan menyebabkan semua orang yang berada di dalam stadium teruja melihat permainan kedua-dua pasukan. Rekod lama banyak menceritakan taktik kotor yang diamalkan oleh kedua-dua pasukan apabila bertembung namun kali ini mereka bermain dengan baik sekali. Tiada pergaduhan serius yang berlaku antara kedua-dua pasukan dan hanya 1 kad kuning sahaja dilayangkan ke atas Carlos Tevez kerana menggelecek secara kasar. Kesimpulannya, Manchester United akan berkunjung ke Emirates Stadium dengan berbekalkan 1 gol sahaja. Arsenal pastinya akan bermain bersungguh-sungguh supaya mereka juga dapat pergi ke Rome nanti. Sama-sama kita saksikan.

Perkataan "BELIEVE" semasa UCL Semi Final


Tamat cerita pasal bola..hehe. Cerita pasal contest pula. Pada bulan April yang lepas, aku telah join contest yang dianjurkan oleh blog Nagaperang. Contest itu adalah berkaitan dengan diri penulis dan kehidupannya. Sememangnya banyak juga soalan yang aku tak tahu kerana aku baru sahaja mengenali beliau di alam blog. Maka 1 hari aku godek blognya untuk membaca entry-entry lepas, manalah tahu kot2 ada jawapan. Memang ada tapi tidak banyak. Mungkin aku terlepas entry..haha. Soalan lain memang aku hentam saja. Hentam sajalah. Hasilnya, dapatlah aku tempat ke-2 senarai pemenang. Alhamdulillah. Hadiahnya? Aku pun tidak tahu kerana beliau sendiri tidak menulis apa hadiahnya. Aku tidak kisah apa hadiahnya sekalipun, soalannya membuatka aku dapat mengenali Nagaperang walaupun aku tidak pernah berjumpa di mana-mana.

Banner blog Nagaperang. Pinjam eh..hehe


Aku baru saja mengupdate bahagian "Mengenai Saya". Aku tahu ramai juga yang sudah membaca kisah hidup aku sejak aku lahir sehinggalah aku naik tingkatan 3 berdasarkan kepada Feedjit yang sentiasa bersamaku di mana jua aku berada..haha. Kisah itu telahpun aku sambung dan aku cerita sehingga sekarang. Bolehlah baca kalau nak tahu sebab ia merupakan entry aku yang paling panjang sekali, hanya ada 2 gambar sahaja iaitu gambar aku di Australia dan juga gambar mak aku yang sedang menikmati hidangan KFC..hehe.

Kebetulan pula, aku terbaca di blog Joe, iaitu kawan aku di KMM (Matrik London), beliau ada menganjurkan contest mengenai kisah kehidupan yang boleh diingati. Contestnya memang sesuai dengan apa yang telah aku update lalu aku pun ingin masuklah. Hadiahnya amat menarik. Menang tempat pertama dapat baju t-shirt Manchester United yang original punya. Datang dari Old Trafford..haha. Aku ni dah la peminat setia Manchester United. Aku tidak akan melepaskan peluang ini..hehe. Sesiapa yang ingin masuk contestnya, bolehlah tengok blognya di sini. Link contestnya di sini. Aku amat mengalu-alukan dikau semua untuk menjadi followernya kerana penulisannya boleh tahan juga walaupun sengal ubi kentang (ampun encik joe..hehe).

Encik Joe, seorang penggiat makanan kesihatan


Akhir sekali, aku ada lagi 1 exam sahaja lagi sebelum aku tamat tahun 2. Ramai juga yang sudah mula berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman kerana exam sudah habis. Aku memang lambat lagi habis sebab aku mula exam tersangat lambat. Orang lain dah dekat 4 paper, barulah aku mula menjawab soalan exam. Paper terakhir yang aku akan conteng ialah Teknologi Mikropemproses atau bahasa makciknya Teknologi Cip. Lepas ini kalau Intel datang promote aku jadi engineer ok gak..haha.
Previous
Next Post »
20 Komen
avatar

♥ kalo dapat hadiah jangan lupa share ngan along.. hehehe.. ♥

Balas
avatar

Along Arman > tu dh mnang dh..nombor 2..hehe

Balas
avatar

hehe
adiah tempat pertama salah tu
baju n duit
hhehe

mecey2

Balas
avatar

tahniah tuan, semoga tuan dah tahu perangai budak SS nie kurang lebih yer :)
cayok! sharing is caring. hadiah adlah dibuat dari handmade gallery..lalalala :)
ti saya post yer :p

Balas
avatar

joegrimjow > dpt duit skli ke..haha yg pnting bju tu..haha

Balas
avatar

Shitsurei shimashita > time ksih..haha tau skit2 je..sbb xsmpat nk godek abs2..haha

Balas
avatar

dpt adiahla ni eh...jgn lupe upload kt blog adiahnye..hehe..

Balas
avatar

DilOt > klau igt la..tkut terexcited sgt smpai lpe nk gmbau..haha

Balas
avatar

MU bakal bertemu Chelsea lg.. bertemulah kite semula.. hehe.. ko plak bile nk buat contestnye??

Balas
avatar

mr coklat > aha..xtau lg..second lge mngkin lg sengit..haha oo sumber kewangan xckup nk wt contest..hehe

Balas
avatar

Arsenal mesti pukul abis punyalah...Arsenal forever.

Balas
avatar

denaihati > haha..tgk r nnti spe yg mara ke final..

Balas
avatar

xtau pape psal bola. *harap maklum. ehe

studi rajin2 ye! jgn igt jersey mu je. huks

Balas
avatar

ije > xleh..kne igt gk bju tu..haha

Balas
avatar

aku ade member keje kat Intel.. kalo ko dah grad.. nnt aku syorkan nama ko kat intel .. ahaha..

nways.. gudluck masuk contest en joe tu.. hehe

Balas
avatar

ini bm mesti a ni spm..kan kan??haha saya suke ayat anda,,tapi saya tidak suke MU kerana saya suke liverpool..ehehe

Balas
avatar

mtk2 MU kalah final ngn barcelona t....uppppsss..silap lak..mtk2 MU menang..hehe.. :P

Balas
avatar

Jard The Great > hehe..arp2 dpt la bju mu tu..

Balas
avatar

helena's > bm sy a kot..hehe oo ske liverpool..ke ske fernando torres??? haha

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > mu leh mnang pny la..hehe

Balas