Cerita Hiperrangkaian (Hyperlink)

Apakah Hyperlink? Hyperlink adalah pautan rangkaian ke sesuatu laman web atau emel. Hyperlink digunakan untuk memautkan dari satu page ke page yang lain tanpa perlu menaip alamat laman web di dalam browser. Ia memudahkan pengguna yang datang ke laman web atau blog kerana mereka tidak perlu lagi untuk menaip alamat laman web dan juga memudahkan pembuat laman web atau admin kerana mereka tidak perlu lagi meletak alamat laman web yang mungkin panjang sehingga 4-5 baris yang boleh membuatkan laman web atau blog mereka nampak tidak kemas.

Untuk menggunakan hyperlink, tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari menggunakan search engine. Kebanyakkan perisian khas untuk membuat laman web seperti Microsoft Frontpage atau Adobe Dreamweaver mempunyai pilihan untuk membuat hyperlink ke dalam sesuatu perkataan atau ayat. Pengguna juga boleh membuat sendiri hyperlink tanpa perlu menggunakan perisian.


Dunia Internet. Sumber : ChinaDoall.com


Menggunakan hyperlink

Untuk menggunakan hyperlink, pengguna hanya perlu menambah <a href="alamat laman web"> diikuti dengan perkataan atau ayat yang ingin dipautkan ke laman web lain dan ditutup dengan </a>. Sangat mudah untuk memasukkan hyperlink ke dalam perkataan atau ayat yang ingin dipautkan. Namun begitu, hyperlink mempunyai beberapa kod yang boleh digunakan. Di bawah ini merupakan kod-kod yang biasa digunakan.
  • target="_blank"
  • Kod ini akan membawa pengguna ke window baru atau tab baru jika pengguna klik pada link berkenaan. Ia amat sesuai kerana pengguna akan dibawa ke pautan yang lain tanpa meninggalkan pautan yang lama. Hanya perlu menambah kod seperti ini : <a href="alamat laman web" target="_blank">
  • title="Apa-apa sahaja"
  • Apabila kod ini diletakkan ke dalam hyperlink, pengguna akan melihat ayat "Apa-apa sahaja" apabila pengguna meletakkan mouse di atas hyperlink tersebut. Ia boleh diubah mengikut citarasa pengguna. Hanya perlu menambah kod seperti ini : <a href="alamat laman web" title="Apa-apa sahaja">
Banyak lagi kod yang berkaitan dengan hyperlink yang boleh digunakan. Bolehlah cuba di beberapa laman web di bawah
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

sblm ni aku hanya tau hyperaktif, skang aku tau hyperaktif dan hyperlink ^_^

Balas
avatar

tadi ku pening mana satu yg gune
da jumpe

puas setelah bace

Balas
avatar

Nazra~ > ni nmenye hyperlink yg trlalu hyperaktif..haha

Balas
avatar

joegrimjow > gnela selagi ada..haha

Balas