UTeM INOTEK 2009

Semalam serta kelmarin fakulti yang mempunyai nama paling panjang dalam semua fakulti di UTeM iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer atau ringkasannya FKEKK, menganjurkan pertandingan INOTEK 2009 di fakulti FKEKK. Tahu apa itu INOTEK? Aku pun tidak tahu. Mungkin Inovasi Teknologi kot..hehe. Bila namanya pertandingan, maka banyaklah produk yang dihasilkan oleh pelajar tahun akhir di FKEKK. Dengar cerita, produk itu juga merupakan projek PSM serta projek PMD mereka. Teruja jugalah melihat bagaimana mereka mereka litar-litar yang seakan litar yang digunakan untuk tujuan pasaran, iaitu litar elektronik yang amat kompleks. Teruja melihat litar sahaja. Produk mereka bolehlah aku bagi rate 3.5 daripada 5. Ada projek yang sama dibuat oleh beberapa orang pelajar, ada juga yang buat projek teramat simple.


Kemeriahan dirasai walaupun pada ketika itu aku ada kelas.


Robot yang diperbuat daripada barangan kitar semula.

Sepanjang pertandingan tersebut, datanglah beberapa buah sekolah membawa pelajarnya melihat produk yang ada di situ. Ada juga politeknik yang datang. Kemeriahannya semakin dirasai apabila ada gerai menjual kain batik di situ..haha. Tetapi kemeriahannya tidak dapat mengubah pendirian beberapa orang pensyarah untuk menjalankan kelasnya walaupun apabila keluar dari bilik kuliah itu, kebisingan yang teramat sangat melanda kerana pameran dijalankan di depan bilik kuliah tempat aku belajar. Kemeriahan tidak menghalang pensyarah untuk meneruskan pembelajaran walaupun air-cond di dalam bilik kuliah itu macam internet yang kejap-kejap ada kejap-kejap putus.


Apabila pintu bonet belakang kereta menjadi mangsa keadaan.


Sistem wuduk automatik.

Nampak projek di atas itu. Ha, projek itu memang tiada dalam INOTEK tetapi aku jumpa benda alah ini semasa membawa adik aku pergi ke Karnival Jom Masuk U di MITC. Projek ini namanya Sistem Wuduk Automatik (nama aku bagi) di mana ada alat sensor yang terdapat di bawah pili air itu mengesan kehadiran tangan dan pili air secara automatiknya akan terbuka mengikut kesesuaian air yang akan dicurah yang telah disetkan di dalam komputer. Projek ini merupakan projek master bagi seorang pelajar jurusan dari Fakulti Pembuatan, UTeM. Kalau tak silap aku, projek ini pernah masuk pertandingan apa tah peringkat kebangsaan. Tak tahulah menang atau tidak..haha

Lokasi : FKEKK, UTeM Kampus Durian Tunggal
Previous
Next Post »
10 Komen
avatar

macam same je course kite ne,.hehe semoge berjaye nesri..kekeke

Balas
avatar

helena's > nth..ye kot sme..haha tgh dlm proses nk berjaya r ni..tp cm xberjaya je..ekonomi gawat..haha

Balas
avatar

m[i]era > time ksih..hehe gd luck gk

Balas
avatar

salam.. sebagai renungan.. sedangkan robot itu ada penciptanya inikan pula manusia dan alam semesta yg cukup complete dan teratur, pasti ada penciptanya iaitu Allah SWT..

GOOD LUCK.. selingan je td. besh2 info, teruja gaklah tp ape pasal sikit je gmbrnye? ape pasal x catch semua n paste kt post ni.. hehe..

Balas
avatar

ciptaan drpd cik nasri takda ka?

Balas
avatar

mr chocolate > gmbo bnyk sgt..paste yg agk2 best je..hehe

Balas
avatar

Nazra~ > ciptaan dr cik nasri mahal sgt..xleh paste kt sni..hahaha

Balas