Suasana Sebelum Menjelangnya Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aku datang lagi bersama handset kameraku yang telah ditransform daripada Sony Ericsson k530i ke W660i untuk mengambil gambar-gambar yang best..haha. Tidak lama lagi, aku dan semua budak kelas aku akan memerah otak sehingga boleh terkeluar urat-urat hijau kerana akan menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini. Mungkin semua pelajar di semua universiti di Malaysia juga sedang memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan.


Mereka sedang memikirkan cuti semester.

Kita mungkin akan jumpa dengan keadaan di mana adanya orang yang menghentak kepala di dinding kerana bengang apa yang di baca tidak masuk ke dalam kepala otak. Mungkin juga kita akan jumpa dengan manusia yang suka menjerit-jerit "Susah siot nak hapal rumus!!!!!!", "Boleh pecah kepala aku camni, tension!!", "Kenapalah u buat final test..sje nk bg org fail", tak pun kita akan mendengar "Alaaaaaaaaaahai" (guna Dato M Daud Kilau). Atau mungkin juga kita akan berjumpa dengan manusia yang berperangai paranormal bukan kerana dirasuk jin, tetapi dirasuk dengan soalan-soalan yang susah.


Mohd Azmi yang riang gembira.

Namun begitu, tidak perlulah menjadi seorang yang berperangai seperti di atas atau berperangai bukan seperti biasa. Kita hendaklah cool menghadapi peperiksaan seperti budak kelas aku ni ha. Mereka merasakan yang soalan final terlalu senang untuk dijawab sehinggakan mereka lupa, alpa dengan kesusahan yang dialami semasa final exam. Aku yang mengambil gambar terasa tension bukan kerana soalan yang susah, tetapi melihat gelagat mereka yang hanya tersenyum, gelak riang gembira. Aku rasa mungkin mereka menggunapakai moto ini "Hidup biar ceria" dan mereka memang ceria walaupun berada di dalam situasi yang mencemaskan. Aku rasa lagi, walaupun fakulti FKEKK terbakar sekalipun, mereka tetap riang gembira kerana tiada kelas..hehe.


Ceria setelah memikirkan sesuatu yang ingin dibuat apabila cuti.

Lokasi : Foyer FKEKK, UTeM
Previous
Next Post »
24 Komen
avatar

1st time aku tgk gambo aku yg begitu gembira..hahahahahahahha..wah..maria pom ade..

Balas
avatar

SyaZNaN > 1st time ko komen kt blog org..haha maria ada tp xnmpk sgt..haha

Balas
avatar

pale hot ko kutuk dak clas snri...
hahaha

Balas
avatar

ayat tu amat skema sekali,hahahaha

Balas
avatar

fjie > bkn kutuk maa..ak bngge dgn bdk klas ak..so ak tmpal gmbau kt sni..haha

Balas
avatar

helena's > ayt kne skema..bru nmpk lawak..haha

Balas
avatar

teringat masa final exam terbabas tidor masuk2 dah setengah jam masa berjalan. Ingat kena dismiss suda tp nasib baik 7 org jer amik paper tu..Combat Sports..dapat result kira mantap juga. terima kasih Sir.
anyway all the best to you all.

Balas
avatar

Shitsurei shimashita > haha..dlu sy kne bas lmbt smpai..rmai gk r tggu bas, last2 sume nek kenderaan kwn..smpai2 je lecturer bg setgh jam lg sblum strt test..

Balas
avatar

tak nampak mcm org ngah nk amek peksa pun, haha
ke control :P

Balas
avatar

Nazra~ > tu la psl..dorg igt xde final test..haha

Balas
avatar

m[i]era > tu r psl..tnsion melihatnye..haha

Balas
avatar

hahaha....tetiba rindu ngan student life bila tgk gambar2 kat sini...hehehe...
good luck & all the best for ur xm :)

Balas
avatar

HuRuL_Aini > haha..bese la student life cmni kn..ble lg nk jmpe suasana cmni..hehe

Balas
avatar

a'im > dia mmg smngt klau dpn kamera..haha

Balas
avatar

cayalah nasri.. cool masa exam tanda macho! haha

Balas
avatar

ijechan > haha..mmg macho cool time exam..lpas exam dh xcool dh..haha

Balas
avatar

hehe..emi tuh zul ke?hehe..~~sje tnye~~

Balas
avatar

pinky_funky > emi tu emi la..zul tu zul..hehe

Balas
avatar

gmbr kt tong sampah tu ak yg amek..
peace!!

Balas
avatar

fjie > ada ke amik gmbau kt tong sampah..haha

Balas
avatar

pinky_funky > x..x emi tu emi..zul adalah zul..hehe

Balas