Sebuah Cerita Mengenai Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Ha, hari ini aku ingin melepas menunaikan hajat seorang kawan aku yang teramat sengal baik hati dan mempunyai perwatakan yang gila game iaitu Mohd Azmi. Beliau teramat mengharap aku dapat pos entry yang berkaitan dengan cookies. Ha, apa itu cookies? Biskut meri ke? Biskut yang amat sodap ke? Mungkin jawapan anda betul. Tetapi, cookies merupakan satu perkataan yang menggabungkan tujuh huruf untuk menjadi satu perkataan. Lalu, terbentuklah nama cookies.


Biskut chipsmore yang sedap.

Tapi, dalam kamus dewan bahasa tiada perkataan ni. Memang tiada kerana cookies merupakan perkataan dalam bahasa Inggeris. Apabila kita melayukan perkataan cookies ini, terkeluarlah beberapa ajaran yang berlainan. Namun begitu, janganlah kita fikir yang ajaran ini menyesatkan kerana ianya diakui betul dan sah oleh JAKIM dan DBP..hehe. Bagi mereka yang berfikiran kreatif, pastinya perkataan cookies boleh dikreatifkan. Kita pisahkan dua perkataan yang berlainan, ia akan menjadi COOK dan KIES. Perkataan cook semestinya kita tahu tetapi kies belum ada lagi dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita tukarkan KIES menjadi KISS kerana kedua-duanya mempunyai bunyi yang lebih kurang sama. Jadi, kedua-dua perkataan ini akan menjadi COOK KISS yang bererti cium masak. Cium masak? Masak cium ok. Masak cium? Tukang masak cium ok kan. Err, peliknya. Cium tukang masak. Ha, yang ini ok.

Abaikan. Ok, mari kita melihat dua ajaran yang berlainan mengenai perkataan cookies yang telah dimelayukan.


Ajaran 1 : Cookies ialah makanan

Cookies merupakan makanan? Cookies dalam bahasa melayu bermaksud biskut. Apabila bercerita tentang biskut, pastinya ramai yang teringat dengan nama MARIE iaitu seorang budak perempuan berumur dalam linkungan 18 tahun yang sudah terlepas daripada genggaman seorang budak lelaki yang bernama MARI di dalam tempat membuat biskut. Lalu, dinamakan biskut yang bulat itu biskut marie sempena nama budak perempuan itu. Atau setidak-tidak pun, pastinya ramai yang akan ingat dengan biskut lomak, iaitu biskut yang penuh dengan lomak. Lomak itu lemak. Aku terlepas loghat negeri sembilan kat sini pulak. Walaupun biskut lomak, tetapi ianyo sodap dimakan dongan air kopi pekat yang tidak manis sangat sambil menonton television bersama yang tersayang..hehe.


Biskut lemak dicicah dengan air kopi pekat melekat


Ajaran 2 : Cookies dalam teknologi

Cookies dalam teknologi pulak. Jika anda percaya sangat dengan ajaran pertama tadi, tentunya anda akan pelik jika Mozilla Firefox anda menulis ayat begini, "Accept cookies from site." Mesti anda fikir yang Firefox ini sudah gila kerana menyuruh kita mengambil biskut daripada laman web. Adakah biskut boleh dicetak dan dimakan? Adakah ia mempunyai rasa yang tersendiri. Anda perlu mempercayai juga ajaran kedua ini. Cookies bukanlah biskut jika kita lihat dari segi teknologi. Ia hanyalah merupakan fail notepad yang bersaiz kecil yang menyimpan maklumat yang diperlukan oleh sesebuah laman web. Maklumat ini mungkin terdiri daripada cara kita ingin daftar masuk ke dalam laman web, atau mungkin data mengenai apa yang selalu kita lawati.


Teknologi papan litar.

Cookies juga merupakan salah satu cara bagi malware untuk dijadikan rujukan. Apabila kita banyak didedahkan dengan laman web, malware ini mungkin akan wujud seperti keluarnya iklan yang menyatakan komputer kita diserang virus atau keluar gambar perempuan yang tersenyum-senyum tidak malu. Saranan aku sebagai kawan yang mengingatkan kawan supaya kita selalulah membersihkan cookies. Dalam pelayar web seperti Internet Explorer atau Firefox ada disediakan perkhidmatan untuk membersihkan cookies. Atau lagi senang gunakan CCleaner untuk membersihkan semua log yang disimpan di dalam komputer semasa kita melawati laman web.

Sudah habis aku bercerita mengenai cookies. Ingat cookies, ingat biskut meri..hehe
Previous
Next Post »
10 Komen
avatar

sedap nyer cookies tuh..
delagi x??

nak skit...
:)

pekat nyer kopi..
kite x suka kopi..
ngeee..

Balas
avatar

m[i]era > emm xde..dh abs..hehe

oo xske kopi..
ni msti tkut gigi itam ni..haha

Balas
avatar

coffee tak bagus.. teh bagus.. hehe

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > sodap..hehe lg sodap klau cyg wt..hehe

Balas
avatar

Jard The Great > air kosong lg bgus gk..hehe

Balas
avatar

ko paku aku ye...aku pnya baik bg ko idea... ko ni mmg mambang toi la...

Balas
avatar

AjemiPutraNobita > ak xpaku ko maa..ak wt entry ni khas utk ko..hehe

Balas
avatar

@AjemiPutraNobita

aha..cbe ko godek2 lptop ko..msti jmpe..haha

Balas