Kebanjiran Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari Jumaat lepas, berlangsung upacara pembukaan rasmi Mydin di MITC, Ayer Keroh Melaka. Dengar cerita, Mydin di sini merupakan Mydin yang terbesar sekali di Malaysia. Aku pun tidak tahu. Abaikan. Dan, namanya bukan lagi Mydin Hypermarket sebaliknya menjadi Mydin Mall, tidak terhad kepada barangan Mydin sahaja malah mempunyai rangkaian kedai-kedai yang akan dibuka seperti Radix Fried Chicken, Shackey Pizza dan banyak lagi..hehe. Paham-paham jela bila shopping 1st time bukak, harga pun panas lah. Ayam seekor baru RM0.99..haha. Sayur sawi seikat RM0.10 je..haha. Sayur lain tak perlu aku ceritalah sebab harganya memang runtuh macam rumah runtuh ditiup angin kencang yang laju..haha.


Tingkat atas, nampak aman sahaja. Manusia tidak tertumpu di bahagian atas.

Bila harganya sebegitu, maka banjirlah Mydin itu. Banjir dengan manusia. Sampai aku tidak kenal lagi lelaki dan perempuan. Semuanya main lalu dan lalang je dan pegang2. Bersepit-sepit mendapatkan ayam. Walaupun sudah dihadkan kepada 2 ekor ayam sahaja, manusia sering kali mendapat idea bernas untuk mendapatkan banyak ayam termasuklah mak aku..haha.


Banjir. Manusia mendapatkan 2 ekor ayam berharga RM0.99 sekilogram.

Tak pernah aku tengok lagi orang kena beratur macam budak sekolah beratur nak ambil makanan di kantin untuk mendapatkan 2 ekor ayam. Selepas itu beratur lagi sekali untuk mendapatkan 2 ekor ayam lagi dan begitulah seterusnya sehingga jiran aku berjaya menyambar lebih kurang 20 ekor ayam dengan harga lebih kurang RM21.00 sahaja..haha. Sayur pula aku tengok sekali ambil dekat 20 ikat. Baru RM2.00..haha. Lain-lain barang banyak juga harganya turun sempena promosi pembukaan Mydin di situ.


Baju kurung. Paling mahal harganya RM49.99.


Medan selera di Mydin. Harganya mahal sekali.


Terima kasih kerana membeli belah di Mydin.

Kesimpulannya, pergilah ke Mydin Ayer Keroh kerana harga sedang turun. Pada 25 April 2009, harganya mungkin kembali kepada harga normal..haha.

Lokasi : Mydin Mall Ayer Keroh, Melaka
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

org da pegi ari 1st maa...
ko lmbt..
ahaha

Balas
avatar

fjie > lor..kn ak tulis hri jumaat..hri 1st maa..haha

Balas
avatar

wah sakan la nnti mmbeli dan mmbelah.

Balas
avatar

bia betul sekor ayam 0.99???errr baju lain de tak?handbag jename ade??hehehe

Balas
avatar

Nazra~ > sakan2..membeli dan membelah dgn hrge amt rndah..haha

Balas
avatar

helena's > ha kne percaya tu..tp utk 3 hari je..hri ni hrge dh 3.00 rggt..haha uish ni mcm nk g shpping kt mydin je ni..haha

Balas