Dahulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Lama aku tidak mengupdate blog aku. Minggu ini dan depan aku terlalu sibuk untuk menghadapi peperiksaan final semester untuk tahun 2. Semester depan, aku akan digelar seorang pelajar tahun 3. Namun begitu, aku tidak pasti adakah aku boleh buat exam kali ini. Harap-harap aku mampu menjawab soalan final yang penuh dengan teka-teki itu. Untuk hari ini, aku sudah menconteng 3 kertas exam iaitu Hubungan Etnik, Prinsip Kawalan dan Instrumentasi Elektronik. So far, bolehlah kot aku menjawabnya..hehe. Jadi, entry kali ini bukanlah berkisar tentang aktiviti yang aku buat atau gambar-gambar pelajar semasa exam..haha. Sejak aku mejadi seorang pelajar universiti, aku dapat rasakan banyak perubahan telah berlaku dari dulu hingga sekarang. Ada perubahan yang ke arah kebaikan dan tidak kurang juga perubahan ke arah keburukan. Banyak benda yang aku pandang dan bandingkannya di antara dulu dan sekarang. Jom kita lihat.

Final exam in the corner


Budak bawah umur

Jika dahulu, kita tengok budak yang baru masuk ke alam persekolahan pasti akan menangis kerana tidak mahu melepaskan ayah atau ibunya. Tetapi, lama kelamaan perasaan ingin pergi ke sekolah akan tersemat di dalam hati sehinggakan apabila mereka datang lambat, pasti mereka berasa macam bersalah. Apabila sesi persekolahan sudah habis, mereka pasti akan berbaris dan menunggu bas sekolah atau pulang dengan menaiki kereta atau motor. Mereka tidak melencong ke mana-mana. Mereka tidak pergi ke kedai basikal untuk membetulkan basikal. Mereka tidak pergi ke kedai games untuk membeli pocket games seperti brick game.

Brick game yang popular


Budak bawah umur zaman sekarang amat membimbangkan semua masyarakat kerana kebanyakkannya tidak menunjukkan minat untuk pergi ke sekolah. Malah, tidak hairan jika kita tengok budak umur 5 tahun pun sudah memiliki sebuah, mungkin dua buah telefon bimbit. Di bawanya ke sekolah dan bermesej-mesej sewaktu cikgu sedang mengajar. Budak bawah umur sudah berperangai begitu, belum lagi bila tiba waktunya meningkat dewasa. Pergilah ke masjid sewaktu solat Jumaat. Kita boleh nampak ramai budak membuat bising sewaktu khatib membacakan khutbah. Di tempat aku ni, imam sampai dah tak sabar lagi melihat budak-budak ni buat bising. Dah la berlari-lari di dalam masjid, kacau orang lain tengah bersolat pulak.


Golongan bijak pandai

Dulu, tidak ramai golongan yang berjaya di universiti. Mereka rata-ratanya tidak mahu menyambung pelajarannya dengan alasan tidak mampu membayar yuran universiti atau ingin menolong keluarga. Memang terlalu susah nak cari golongan yang sudah melepasi peringkat ijazah sarjana muda, apatah lagi peringkat master dan pHd. Kaum Melayu merupakan kaum yang paling sedikit bilangannya di peringkat ijazah. Padahal kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Apabila sains dan teknologi mula diperkenalkan secara berperingkat di Malaysia secara menyeluruh, barulah mulanya anak muda Melayu masuk universiti.

Teknologi merentasi sempadan


Tidak hairanlah mengapa setiap tahun Malaysia digemparkan dengan seorang pelajar yang berjaya mendapat 20A atau 21A1 atau 50A sekalipun. Dengarkan saja panduan daripada kesemua pelajar ini. Mereka tetap akan menyatakan bahawa ibu bapa merupakan asas dalam kejayaan akademik dan Allah s.w.t merupakan tempat bagi meminta keberkatan. Atau bertafakul bagi agama lain. Sama sahaja. Sekarang juga jika kita lihat memang ramai yang sudah melepasi peringkat ijazah, malah ramai juga yang sudah mendapat pangkat doktor kehormat. Di kala gejala sosial mejadi kebimbangan semua pihak, ramai juga yang berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Sesi kuliah


Aku bukanlah ingin berbangga dengan zaman aku. Cuma, kita perlu sedar yang memang banyak perubahan telah berlaku. Perubahan ini mungkin boleh menyebabkan banyaknya berlaku gejala sosial seperti sekarang ini atau ramainya golongan cendikiawan yang menjadi tulang belakang dalam membangunkan Malaysia. Persoalannya sekarang, apakah yang boleh kita lakukan kepada budak bawah umur itu? Adakah mereka juga boleh menyumbangkan golongan cendikiawan seperti sekarang dengan hanya pergi ke sekolah tanpa ada rasa ingin belajar?
Previous
Next Post »
14 Komen
avatar

ase2 kite bwh umor kew??

terase plak bile bace en3 neyh..

kehkeh

Balas
avatar

m[i]era > xnk r ltk umo bpe bwh tahun tu..tkut nnti ada org terase..hehe

Balas
This comment has been removed by the author. - Hapus
avatar

all the best in your exam and wish u good luck. Semoga Allah memberkati dan merahmati tuan dan keluarga selalu.

Balas
avatar

AjemiPutraNobita > oi..bru ak nk bls..haha ha sir prancis light men brick game kot..tny shafiee..haha

Balas
avatar

Shitsurei shimashita > time ksih..smoge kamu juge berjaya dlm kehidupan..hehe

Balas
avatar

hu hu hu... aku dulu keci2 main galah panjang tp budak skrg main skateboard.. tak aci betul.. aku nak jd bebudak balik la...

Balas
avatar

nazz > aku dlu main playstation je..skg bdk2 dh main playstation 3 siap main internet kt dlm tu..amacam? hahaha

Balas
avatar

npe ajemi men padam2 ni..hakelaaa...sir francis light x ske men brick game..x mencabar minda la katenyeee..haha..sir francis light lyn tenet je..weee^^

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > haha..wabak sir prancis dh menular..haha

Balas
avatar

bperkembangan yg tidak seimbang.. semakin ramai yg berjaya semakin ramai yg hancur.. alranap bin musnah..huhu..

pape pun smoga berjaya!! doa mrcoklat skali.. exam pon x lame dh nih.. hehe..

Balas
avatar

mr coklat > haha..ble sorg berjaya, sorg lg akn hncur kerana gejala sosial..xberkembang pn..

sme la sy ada exam lg ni..last paper..semoga berjaya..

Balas