Cerita Javascript

Javascript adalah salah satu coding yang banyak digunakan oleh laman-laman web di dunia. Javascript merupakan basic coding yang boleh dimasukkan ke dalam laman web bertujuan untuk mengira fungsi matematik, memberi arahan kepada pengguna dan banyak lagi. Javascript merupakan antara programmer yang basic bersama dengan programmer HTML. Namun begitu, pada masa kini programmer Javascript sudah berkembang maju dan kebanyakkan permainan online pada masa kini pun dibuat dengan hanya menggunakan programmer Javascript.


Perbezaan antara Javascript dan Java
Ia merupakan dua keadaan berbeza sekali. Dengan javascript, anda boleh memasukkan kodnya ke dalam laman web tanpa perlu untuk menetapkan apa-apa fungsi sama ada perlu mendownload plug-in ke dalam browser dan lain-lain. Java merupakan applet yang berfungsi ala-ala Flash Movie tetapi ia lebih rumit. Untuk menjalankan fungsi Java applet, anda perlu mendownload Java plug-in dan install ke dalam pc supaya Java applet tersebut boleh berfungsi dengan normal.

Javascript di dalam blog ini


Kenal dengan Javascript
Tidak perlu bersusah payah untuk mengingati. Apabila anda terjumpa dengan sesuatu kod yang bermula dengan <script type="'text/javascript'"> dan berakhir dengan </script>, maka di dalamnya adalah kod Javascript. Javascript juga boleh disimpan di dalam satu fail yang menggunakan file extension .js. Dalam kes ini, programmer akan menggunakan kod <script type="text/javascript" lang="Javascript" src="headerfile.js"/> atau <script type="text/javascript" src="headerfile.js"/>. Tidak kira walau apa cara sekalipun, perkataan Javascript mesti ada di situ kerana ia memberitahu browser mengenai kod yang akan digunakan.


Asas Javascript
Dengan menggunakan asas-asas yang terdapat dalam Javascript, programmer mampu mengolah skrip ini menjadikan ia lebih kompleks dan mempunyai banyak fungsi. Berikut adalah beberapa contoh asas dalam Javascript :
  1. Laman web anda merupakan document kepada Javascript dan apa-apa fungsi sekalipun akan dikembalikan ke document anda.
  2. Asas declaration kepada form anda seperti berikut :

  3. document.form.user.value


    yang bermaksud : Textbox yang bernama user diisi dengan sesuatu perkataan di mana perkataan ini diklasifikasikan sebagai value di dalam borang yang bernama form di dalam laman web anda iaitu document

  4. Method merupakan salah satu fungsi di dalam Javascript. Contohnya :

  5. document.write("Selamat pagi")

    Dalam kod di atas, ia berfungsi untuk menulis sesuatu di dalam kurungan itu di dalam laman web anda. Untuk fungsi ini, fungsi write akan digunakan.

Banyak lagi fungsi Javascript yang boleh anda cari. Mulakan dengan mengikuti tutorial yang disediakan di sini atau di sini.
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

ak dah agak dh. ko ni kt umah slalu bercakap gne HTML kod..

Balas
avatar

fjie > HTML kod sng sgt..ak ckp gne coding c++

Balas