Bintang - Permulaan dan Pengakhiran

Kelahiran Bintang

Bintang dipercayai terbentuk daripada kumpulan awan - awan besar yang dinamakan nebula di angkasa lepas. Awan besar di angkasa lepas terdiri daripada gas hidrogen dan debu yang berkumpul akibat daya tarikan graviti antara gas - gas.

Apabila semakin banyak gas berkumpul, daya tarikan graviti menjadi semakin tinggi dan nebula - nebula termampat menjadi bebola gas. Bebola gas akan menjadi semakin padat disebabkan oleh daya tarikan graviti yang semakin bertambah, suhu dan tekanan pada teras bebola gas mejadi tinggi.

Apabila takat suhu dan tekanan teras bola gas mencapai satu tahap tertentu, tindak balas nukleus antara atom - atom hidrogen akan berlaku dan membebaskan tenaga haba serta memancarkan cahaya yang banyak.

Bebola gas itu akan mula bersinar dan sebuah bintang dikatakan telah dilahirkan. Pembentukkan sebuah bintang biasanya mengambil masa berjuta - juta tahun.


Peringkat Pertengahan Bintang

Bintang yang terbentuk menghabiskan masa berjuta - juta tahun untuk menjalankan proses pembakaran gas hidrogen pada terasnya. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat pertengahan bintang. Tempoh peringkat pertengahan sesuatu bintang bergantung kepada jisim atau saiz asal bintang tersebut. Semakin besar sesuatu bintang itu, semakin pendek peringkat pertengahannya kerana bintang yang besar membakar dengan lebih giat dan cepat.

Bintang seperti Matahari mempunyai tempoh peringkat pertengahan selama lebih kurang 10 000 juta tahun. Dijangka umur Matahari ialah 4650 juta tahun, maka Matahari akan terus membakar dalam keadaan seperti sekarang untuk beberapa ribu juta tahun yang akan datang. Pembakaran gas hidrogen akan berterusan sehingga bekalan gas hidrogen yang ada pada teras bintang habis digunakan. Kemudiannya bintang akan membakar ke arah luar yang masih mempunyai banyak bekalan gas hidrogen.

Angin suria yang dilepaskan oleh Matahari. Sumber

Apabila pembakaran semakin ke bahagian luar, keamatan pembakaran pada teras bintang menjadi semakin tinggi dan membebaskan lebih banyak tenaga. Ini akan menyebabkan bintang mengembang dari segi saiznya dan menandakan yang bintang itu telah sampai akhir hayatnya.


Kematian Bintang

Bintang yang membakar ke arah luar akan berkembang menjadi bintang raksasa merah. Apabila bintang seperti Matahari mengembang menjadi bintang raksasa merah, bintang ini akan mempunyai diameter 100 kali diameter sekarang, iaitu lebih besar daripada orbit Bumi.

Bintang yang jisimnya separuh jisim Matahari akan membentuk bintang raksasa merah yang akan menjadi semakin kurang cerah dan malap pada akhirnya. Bintang seperti Matahari atau lebih besar daripada Matahari pula akan membentuk bintang raksasa merah yang seterusnya membawa kepada pembentukkan kerdil putih, bintang neutron atau lubang hitam.

Fenomena apabila bintang memasuki alam kematian :

Kejadian Kerdil Putih

Bintang bersaiz seperti Matahari akan berubah menjadi bintang raksasa merah yang membakar dengan kuat. Suhu dan tekanan yang tinggi pada teras akan menyebabkan tindak balas nukleus yang lebih kompleks dan membebaskan tenaga yang sangat banyak. Akibatnya, satu letupan akan berlaku dan menghembuskan lapisan luar bintang ke angkasa. Teras bintang yang tertinggal pula akan menyejuk dengan tiba - tiba dan mengecut menjadi kerdil putih (sebesar Bumi), tumpat dan malap. Apabila kerdil putih bertambah sejuk dan haba menyinarkan semua tenaganya, kerdil hitam terbentuk. Kerdil hitam akan kelihatan gelap di angkas dan menjadi jasad yang tidak aktif lagi.

Kejadian Bintang Neutron

Bintang yang bersaiz 10 kali lebih besar daripada Matahari akan membakar lebih cepat dan lebih giat berbanding dengan Matahari. Pembakaran gas hidrogen akan membawa kepada pembentukan bintang raksas merah dan menyebabkan berlakunya letupan besar yang disebut supernova. Semasa supernova, lapisan luar akan terhambur ke angkasa manakala teras bintang akan mengecut dengan kuat dan menjadi bintang yang sangat tumpat sehingga proton dan elektron boleh berpadu untuk membentuk neutron. Bintang ini dipanggil bintang neutron. Bintang neutron sangat tumpat dan mempunyai diameter 20 kilometer serta mempunyai jisim kira - kira 1 atau 2 kali jisim Matahari.

Kejadian Lubang Hitam

Bagi bintang yang berjisim sangat besar, pembakaran gas hidrogen akan membawa kepada pembentukan bintang super raksasa merah yang sangat besar dan seterusnya menyebabkan letupan supernova yang sangat kuat. Teras bintang yang tertinggal semasa supernova akan mengecut menjadi objek yang sangat tumpat dan mempunyai daya graviti yang sangat tinggi sehingga cahaya juga tidak mampu melepasinya. Kejadian ini menyebabkan kawasan itu kelihatan hitam sahaja dan dikenali sebagai lubang hitam.


Nota kaki : Artikel di atas ini diterbitkan untuk projek laman web Astronomi sekolah adik aku tahun 2006.
Previous
Next Post »
8 Komen
avatar

dan lame x dgr crite tntg bintang..
crite tntg bulan tgok byk kali la gak..haha..

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > bkn dh lme..mmg xde pn crite tntang bintang..haha

Balas
avatar

reen ckp reen dh lame x dgr or bce tntg bintang..sama ada dari buku,majalah,blog org,novel,reference books,lecture's notes, atau menonton di layar perak,layar gangsa,layar emas or sebagainya..haha..ape lak xde..byk je cerita pasai bintang kt tenet ni..gne shj perkhidamatan encet google dgn menaip perkataan bintang..hahaha..pdn mukeee...

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > alamak..nas kne..haha

Balas
avatar

matahari kew tuh??

mcm panas giler2 jew..

hehe

Balas
avatar

m[i]era > ye..itu matahari..panasnye mmg panas sekali..hehe

Balas
avatar

waaa.. lama aku tak tinguk gmbr mcm neh.. last time tinguk mase blaja sains dulu.. ermm.. 9 tahun lepas.. hehe

Balas
avatar

Jard The Great > haha..ni msti tgk time blaja sains skolah rendah..haha

Balas