Wiring Oh Wiring

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Apakah salah blog saya?" Kita tahu dengan berblog, kita akan dapat banyak manfaatnya. Bagi mereka yang blogger tegar, blog bolehlah disamakan dengan laman-laman sosial yang ada seperti Friendster, Myspace atau Tagged (piee suka main benda alah ni). Blog juga boleh dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu yang mungkin orang lain tidak tahu akan ilmu itu dan secara tidak langsungnya kita dapat berkongsi ilmu dengan orang lain. Ajaibnya, walaupun blogger tidak kenal antara satu sama lain di dunia nyata, namun mereka tetap menunjukkan sifat sebagai seorang "kawan blog" dengan memberikan komen kepada entry di blog ataupun bertanya khabar atau yang lebih menarik lagi, berunding untuk membuat gathering bersama para blogger. Apa-apa pun, secara tidak langsung juga ia telah mengeratkan lagi silaturrahim di antara manusia.


Di mana encik piji? Beliau memakai baju warna hitam.

Isi blog semestinya tidak mengenai mengutuk sesama manusia, ataupun membangkitkan isu sensitif seperti perkauman, isu negara atau agama. Jika boleh, biarlah isi blog lebih tetumpu kepada perkongsian ilmu yang sihat. Ia membolehlah para pengunjung blog dapat mendapat input yang berguna. Ada juga blogger yang menganggap blog seperti diari online dengan mengupdate blognya penuh dengan aktiviti yang dimasukinya. Ia juga tentu memberikan pengunjung berasa amat seronok untuk membacanya. Oh ya, saya sudah ketiadaan isi lagi jadi saya tidak dapat meneruskan syarahan saya. Sebenarnya ayat panjang di atas itu aku nak memberitahu bahawa encik piji sudah membuka blog baru disini. Blognya yang lama itu terlalu HOT! sehingga mendapat pujian dari pensyarah..haha


Kursus di Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah cawangan Masjid Tanah.

Pagi tadi aku menyibukkan diri dengan pergi ke kursus wiring anjuran CIDB. Ini merupakan hari pertama aku mengikuti kursus wiring ini dan aku ada baki lagi 3-4 hari kot untuk menghabiskan kursus ini dan diiktiraf sebagai seorang yang berkebolehan untuk melakukan wiring secara professional..haha. Tetapi hari ini aku hanya belajar teori sahaja berkaitan dengan cara-cara menyambungkan wayar dari kotak utama ke suis-suis dan lampu.


Suasana di dalam bilik kuliah.

Aku belajar juga jenis-jenis konduktor dan penebat yang baik. Bolehlah aku simpulkan bahawa kalsium bukan penebat yang baik. Tidak banyak yang berlaku pada kursus tersebut kerana mereka yang datang di situ juga belajar teori juga. Apabila pengajar itu mula menayangkan video mengenai aktiviti ABM, maka misi untuk tidur pun bermula. Sebaik sahaja pengajar itu keluar, maka aku pun merapatkan mukaku ke atas meja untuk tidur..hehe. Aku ingatkan aku seorang sahaja yang tidur, tetapi bila aku bangun sahaja, rupanya ramai lagi yang tidur..hehe.


Hasil akhir kotak utama.

Kelas teori semestinya membuatkan aku berasa nak tidur saja..hehe. Tetapi kelas sebelah petangnya memang tidak membuatkan aku tidur kerana kelas petang mengenalkan aku kepada kotak utama dan cara pasang walaupun aku sudah belajar semasa semester khas di UTeM..hehe. Tengahari tadi pula, aku tidak makan tetapi berjalan-jalan di tepi pantai bersama capiee..haha.


Bulat kecil bulat kecil bulatlah besar..

Niat asalku ingin melihat keindahan di tepi Tanjung Bidara tetapi akhirnya aku sampai di Pengkalan Balak..haha. Ramai juga yang bersantai di tepi pantai sewaktu matahari sedang menyambar kepanasan yang melampau. Akhir sekali, aku pulang ke rumah dengan merempit sejauh berapa kilometer tah pukul 3.31 petang..hehe.


Suasana di Tanjung Bidara. Ada banyak batu besar.


Episod Wiring Oh Wiring

Wiring Oh Wiring (Episod 2)
Wiring Oh Wiring (Episod 3 - Edisi Khas)
Previous
Next Post »
10 Komen
avatar

ooo..
xpe3..
ssh jdk blogger terkenal nieh..
haha

Balas
avatar

wahh!! siap jadik bualan pensyarah. napa buat baru? nak lari dr pensyarah? ehe

Balas
avatar

fjie > ntam la...haha ko dh jd blogger terkenal dh walaupun ko tkr blog..hahaha

Balas
avatar

ijechan > xla..mngkin beliau tkut blognya msuk tv3..hahaha

Balas
avatar

hyeee...smoga jd engineer yg berjaye ye.. :)npe piji wat blog bru...haishhh..

Balas
avatar

pinky_funky > time ksih..hehe ala tu hobi piji..dia ske wt blog baru..haha

Balas
avatar

Nice blog to follow.

View Profile: Rantong™

Balas
avatar

Nazra~ > xnk ltk la..nnti feymes lak blog ni..haha

Balas