Tag Mengenai Fakta

Tag kali ini datangnya dari bekas budak kelas aku dulu semasa aku berada di tingkatan 1 hingga 3 (kelas tak berubah..hehe) iaitu cik sarah yang ada skandal dengan blue hippo suatu ketika dahulu..haha. Setakat ini, baru dia seorang sahaja klasmate aku dahulu yang ada blog..hehe. Tidak mengapa, harap-harap suatu hari nanti ramai klasmate aku dahulu yang akan ada blog, boleh juga aku jengah blog dorg..dapat gak tahu mengenai kehidupan mereka sekarang..haha. Tag ini juga datang dari cik ije, seorang guru sekolah rendah yang tension kerana aku tidak perlu membuat tagnya dahulu..haha. Ok la, mari kita lihat tag ini.

Jawab tag dengan selamat


Tagged : You were given 10 items. Come out with our own opinions on how the items can be used apart from the normal a.k.a common one. It's time to be creative!

  1. Anak kunci
  2. Kegunaan asal : Membuka segala pintu yang menggunakan kunci sebagai medium untuk membuka.
    Kegunaan lain : Sebagai tempat untuk mengorek segala lubang yang ada (ha lubang pe tu..haha)

    Anak bagi kunci

  3. Penutup pen
  4. Kegunaan asal : Sebagai tempat untuk menutup kemaluan segala jenis barang yang diberi nama pen.
    Kegunaan lain : Sebagai koleksi untuk dijual di Muzium Negara

  5. Botol mineral
  6. Kegunaan asal : Sebagai tempat untuk mengisi air tidak kira air apa pun, bila nama di depannya ada air, maka botol digunakan untuk mengisi air
    Kegunaan lain : Apabila ayie membawa botol yang berisi air, maka aku akan mengambil botolnya untuk meminum air di dalamnya.

  7. Paper lama
  8. Kegunaan asal : Sebagai tempat untuk membaca, walaupun ianya paper lama, namun ia amat berguna bagi mereka yang tidak tahu apa yang berlaku pada hari tersebut
    Kegunaan lain : Sebagai tempat untuk mengalas punggung bagi mereka yang ingin menjaga kecantikkan seluar atau kainnya walaupun seluar tersebut tidak dibasuh selama seminggu atau sebulan

  9. Seluar dalam lama
  10. Kegunaan asal : Amat berguna bagi mereka yang tidak mampu membeli seluar dalam. Mereka akan mengguna seluar dalam lama ini untuk dipakai pada ketika mereka ketiadaan seluar dalam.
    Kegunaan lain : Sebagai perlindungan bagi mereka yang tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Hanya tunjukkan sahaja seluar dalam lama ini dan orang yang mengganggu itu segera berjauhan daripada anda.

    18SX Only

  11. Lesung batu
  12. Kegunaan asal : Sebagai tempat untuk menghancurkan segala benda yang diketuk. Ia merupakan cara tradisional ataupun cara orang dulu-dulu menghancurkan barang kerana pada masa dahulu mesin kisar dianggap sebagai benda yang pelik.
    Kegunaan lain : Sebagai tempat untuk menguatkan lengan-lengan yang lembik tanpa perlu membeli dumbell yang harganya mungkin mencecah ratusan ringgit. Gunakan lesung batu untuk menumbuk barang agar lengan pasti menjadi lebih kuat.

  13. Langsir
  14. Kegunaan asal : Sebagai tempat untuk menutup segala isian di dalam rumah dan juga sebagai tempat untuk mencantikkan rumah ketika musim perayaan bermula.
    Kegunaan lain : Sebagai tempat untuk menutup perasaan malu yang menyebabkan muka menjadi merah macam ayie atas sebab-sebab yang membuatkan dia berasa malu.

    Langsir yang menarik

  15. Komputer office
  16. Kegunaan asal : Sebagai tempat untuk melihat sesuatu di dalam dunia Internet termasuklah menjenguk blog aku serta membaca berita di seluruh dunia walaupun terpaksa menggunakan Google Translate untuk memahami isi kandungan laman web tersebut.
    Kegunaan lain : Sebagai tempat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada bos kerana tidak menaikkan gajinya walaupun kita semua tahu bahawa komputer tidak mempunyai hati untuk bercakap "Kesiannya awak. Saya rasa macam nak menangis saja"

  17. Duit syiling
  18. Kegunaan asal : Sebagai tempat untuk membeli air tin dari mesin yang dengan rasa bongkaknya hanya menerima duit syiling sahaja walaupun teknologi yang sudah maju yang membolehkan manusia menggunakan duit kertas untuk mendapatkan air tin dari mesin.
    Kegunaan lain : Sebagai tempat untuk dijadikan koleksi dan tempat untuk mencipta rentak baru kerana setiap duit syiling mempunyai bunyi yang berbeza-beza.

    Duit syiling yang banyak

  19. Laman blog
  20. Kegunaan asal : Blog digunakan untuk mengepos entry baru tidak kira sama ada ianya sudah 2 tahun di dalam draft tetapi baru nak pos di dalam blog ataupun sebaliknya ia tetap blog yang boleh dibaca.
    Kegunaan lain : Blog digunakan untuk mendapatkan duit walaupun terpaksa mengklik iklan di blog sendiri semata-mata ingin mendapatkan duit yang banyak..hehe

Tag ini ditujukan khas kepada si dia kerana aku ingin tahu apa jawapan yang akan diberikannya terutamanya soalan nombor5..hahaha
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > buat jgn xbuat..hahaha

Balas