Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Ya, aku datang lagi membawa cerita baru selepas beberapa hari aku asyiklah membuat entry yang berkaitan dengan informasi. Informasi amat berguna kepada sesiapa sahaja yang merasakan dirinya ingin tahu mengenai apa sahaja yang ingin diketahuinya. Apabila dirinya merasakan yang dirinya sudah mengetahui apa yang diketahuinya, maka dia sudah tahu apa yang dia tidak tahu sebelum ini dan dia akan memberitahu orang laing mengenai apa yang sudah diketahuinya..hehe. Pandai-pandailah pahamkannya atau buat-buat tidak faham pun boleh atau buat-buat faham pun boleh..hehe.
Bumi kita diliputi dengan pelbagai suasana yang memang semestinya tiada di tempat lain. Begitu juga dengan manusia. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang kaya, ada yang miskin, ada juga yang wangi, ada pula yang busuk..hehe. Biar apapun, tetap juga dipanggil manusia. Seperti juga aku. Petang tadi, aku pergi ngeteh dengan shafiee di sebuah restoran yang menawarkan makanan dan minuman untuk dijamu iaitu Restoran d'Pelican di Ayer Keroh. Aku pernah tengok restoran ini tetapi ini kali pertama aku pergi di situ. Rakanku ada juga yang pernah pergi semasa Pesta Cahaya UTeM dahulu. Tahu apa itu ngeteh? Menurut Dr. Shafiee, ngeteh itu bermaksud keluar minum di kedai makan atau restoran..hehe
Suasananya memang menarik serta boleh menenangkan diri dikala ketensionan akibat kesibukan kerja ke, assignment yang banyak ke dan lain-lain benda yang membuatkan kita tension..hehe. Ketenangan itu membuatkan aku berasa tenang sekali dan berasa lebih tenang apabila mendengar kicauan burung, bunyi gajah yang sedang.......hehe. Err, kenapa ada gajah pulak? Sebab restoran ini di belakang Zoo Melaka je..hehe. Senang cerita, memang suasananya menenangkan jiwa..hehe. Tahu kenapa suasananya tenang je? Sebab restoran ini terletak di atas Tasik Ayer Keroh yang selalu menjadi tempat untuk berkayak ataupun rekreasi atau lbih mudahnya restoran ini restoran terapung walaupun ada banyak konkrit di bawahnya..hehe
Datang pula seorang perempuan sambil membawa buku menu dan harga. Aku membelek-belek dan hasilnya di bawah :
Shaye : Milo panas satu eh..
Penunggu order : (Mengangguk sambil menulis sesuatu di dalam kertas)
Shafiee : Kasi milo ais satu
Penunggu order : (Mengangguk sekali lagi sambil menulis sesuatu di dalam kertas)
Shaye : Emm, roti kosong ada x?
Penunggu order : Hah? Roti kosong? Ape tu? takde la kat sini
Shaye : Lor..
Penunggu order : Roti kosong yang roti putih gardenia tu ada la..
Shaye : (Dalam hati : WTFish?????)
Shaye : Takpelah, mintak roti telur satu eh..
Shafiee : Ha, roti telur satu gak..
Sejak daripada itu, aku berasa pelik. Adakah orang itu tidak tahu akan kewujudan roti kosong atau tiada istilah roti kosong dalam konteks kehidupan orang kaya..haha. Sedangkan roti kosong itu dianggap ialah roti putih jenama Gardenia tuu. Bukan calang-calang jenama tu..haha. Lebih kurang 15 minit sampailah roti telur yang aku minta.
Bertambah pelik aku. Aku ingatkan aku seorang sahaja menggunakan istilah roti telur untuk gambar di atas. Rupanya restoran yang bagi aku untuk orang kaya ini pun menggunakannya..haha. Bayangkan 4 keping roti dibuat dalam masa 15 minit. Aku rasa kalau aku buat roti telur begitu tidak sampai 10 minit sudah siap..hehe. Orang itu lagi pelik apabila aku meminta sos cili sedangkan roti itu telah disapu dengan susu pekat dan ada cheese sedikit..hehe. Memang kebiasaan aku jika makan roti telur yang begitu aku akan mencicah dengan sos cili. Sedappp. Tidak percayakah? Cubalah buat 1 roti telur dan cicah dengan sos cili. Memang sedap..hehe.
Akhir sekali, sebanyak RM3.50 melayang dari poket aku. Sekeping roti telur RM2.00 dan milo panas RM1.50..haha

16 komen:
wakaka..klakar..
tu ar..roti kosong bukan roti canai ke ekhh..
biasala restoran org2 manyak wit ni mmg WTFissshhh jela slalu...biasa je tpi harga..walaweiii..
♥♥me ~ cik sara > aku pun berpikiran begitu..tu sbb ak mntk roti telur..haha cmtu je dh 2 rggt..haha
hi,please change my old banner to the new one,the old one cannot been use anymore,u can copy th ecode at my site,please let me know after it done.thnak
http://www.riqzmiecreation.com/
tu roti cicah telur..susha tu nak wat...kena cicah pelan pelan sampai cukup 15 minit
Yati Salem > ok..hehe
roti telur, sedap! :)
btw, apa email blogger u? sb my blog i tukar jadi private :D
a'im > err..knpe ak wt sng je..xsmpai 10 mnit dh 4 keping..haha ke style org kaya wt lme2? haha
Urumila > sedap2..hehe oo ptut la xleh bkk..hehe ni emel : electricityvii@gmail.com
pelican? bukankan itu sejenis burung kat tasik? err bangau kah? yang ada paruh leh gantung baby tu.. ehe.
roti telur 1!
memang ah...life aku kan style..
hehe..mahalnye ya rabbi..cyg2..t cyg bwk reen pi ctu taw..wee^^
ijechan > nth..xtau lak bondo tu pelican..haha hah roti telur? xde la kt sni? coklat nk? haha
a'im > perghh stylo siot..pstu pnjam rm10..haha
^^ PinKy_FuNKy ~~ > mahal2..nnti nas bwk cyg eh..tenang je kt ctu..hehe
Janji sedap, huhuhu ^_^
Nazra~ > xsdap pn..lg sdap wt sndiri..haha
Post a Comment
- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar
- Gunakan ID blogger untuk menampakkan avatar di sini