Menyelongkar Rahsia Resepi KFC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Kamu ada beberapa keping duit yang banyak, mungkin dalam RM5 sudah cukup ataupun kamu baru sahaja mendapat gaji dengan mengeluarkan duit sebanyak beratus-ratus ringgit. Pada waktu itu, mungkin kamu sedang berfoya-foya di bandar mahupun di dalam shopping complex kerana menggunakan duit itu untuk membeli apa-apa sahaja yang dimahukan. Kamu beli baju baru, kasut baru, barang keperluan peribadi, barang keperluan dapur dan lain-lain yang kamu inginkan. Kamu mungkin banyak berjalan-jalan di sekitar bandar kerana ingin mencari tempat-tempat yang menarik, mungkin ingin berlancong, ataupun mencari tempat yang menawarkan harga yang murah seperti Mydin (Tesco aku boikot..hehe). Muka kamu pun nampak ceria sahaja kerana dapat meluangkan masa bersama-sama berfoya-foya. Tiba-tiba, sesuatu peristiwa berlaku.........


Ayam goreng KFC dah habis..hehe

Perut kamu sedang memainkan muzik orkestra yang teramat kuat sehinggakan orang di sebelah boleh mendengarnya. Kamu berasa panik. Kamu berasa cemas. Tiba-tiba, kepala otak kamu memberi satu cadangan yang membuatkan kamu terus pergi ke situ. KFC (sedap sehingga menjilat jari). Dengan berbekalkan duit yang ada, kamu mengorder beberapa ketul ayam spicy, kentang goreng, coleslaw, kentang putar dan air pepsi cawan besar. Kamu mencari tempat yang kosong. Ha, ada satu. Kamu pun duduk di situ. Makan dengan lahapnya sehingga terlupa hendak mengambil resit bayaran. Kamu malu. Tapi kamu makan dengan lahapnya. Apabila perut kamu sudah mula senyap, kepala otak kamu memberi persoalan kepada kamu, kenapalah ayam di KFC teramat sedap sehingga menjilat jari? Kamu pelik.......


Logo paling terbaru KFC. Sumber

Adegan seperti di atas biasa terjadi kepada ramai orang..hehe. Memang diakui, resepi ayam goreng di KFC merupakan antara resepi yang paling sedap di dunia. Walaupun ayam goreng, Kolonel Sanders, manusia yang bertanggungjawab membuat resepi ini, mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang dan makan di gerainya pada waktu dulu. Kini, terdapat beribu-ribu cawangan di seluruh dunia dan resepinya tetap sama. KFC sebenarnya menjadi restoran pilihan ramai kerana ayam gorengnya yang sedap. Ramai mengetahui bahawa resepi ayam goreng KFC dibuat dengan menggunakan 11 rempah ratus dan herba rahsia yang hanya diketahui oleh 2 manusia di dalam Ibu Pejabat KFC di Amerika Syarikat sahaja.

Ayam goreng KFC

Menurut encik Wiki, kertas yang mengandungi 11 jenis rempah ratus dan herba dan sukatan penggunaannya serta ditandatangani oleh Kolonel Sanders telah dikunci dan dijaga dengan rapi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Bahan-bahan ini telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa cawangan KFC dan dikisar-kisar dengan rapi. Hasil akhirnya akan dihantar kepada pusat komputer untuk memastikan tiada identiti rempah ratus dan herba yang boleh diketahui oleh mana-mana pihak. Sungguh rapi..haha.

Kolonel Harland Sanders

Bagaimana pula di Malaysia? Adakah bahan-bahannya sama dengan 11 rempah ratus dan herba KFC yang asal? Aku tidak tahu kerana ia adalah top secret juga..haha. Tapi ianya dijamin halal dan boleh dimakan oleh semua pihak..hehe.

P.S : Rahsia resepi KFC tidak dapat diselongkar..haha
Previous
Next Post »
18 Komen
avatar

salam brother mohd nasri....
saye kagumi dgn Kolonel Harland Sanders, die yg asaskan ayam paling sedap di dunia :)
saye sukew KFC :)

Balas
avatar

Najwa > yeah..jgn igt bnde yg nmpk mcm impossible nk maju tp bleh maju jgk..
jom g kfc..tp dh tutup skg..hehe

Balas
avatar

radix fried chicken lg sedap ^_^
cuma ada kt area kedah ngn perlis ja :P

Balas
avatar

KFC??
mira dah boikot..
tp skung still
menyentuh + membeli + merasa

huhu

Balas
avatar

@Nazra~ :
psr mlm fried chicken pn sodap gk..haha

@m[i]era :
err..knpe boikot kfc? kfc kt malaysia xde kaitan dgn kfc global..kt malaysia, kfc cme pnjam nme je..

@ijechan :
terer kn sy..hahaha (xde kaitan)

Balas
avatar

hmm...tapi wif millions of franchise kat dunia ni, takkan la the recipe is still a secret...

wonder excatly how it works...

Balas
avatar

reen pon cukeeee gle kfc..dap gleeeeeeeeeee...

Balas
avatar

Muhammad Nazeef > pnah bce gk psl 11 resepi rhsia tu..tp ada yg xpuas hati sbb dlm resepi tu ada herba yg leh wt ayam tu jd spicy...haha

Balas
avatar

pinky_funky > nnti kte mkn kt kfc..hehe

Balas
avatar

bahan utama ialah daun karapuleeeee

Balas
avatar

a'im > pstu cmpur ngn daun pandannnnnnn

Balas
avatar

kfc..... idaman ku selalu....
i like kfc.......

Balas
avatar

tol tu nazra..rfc lg sedap..halal n suci. xpayah nk kagum sgt gn yahudi israel.rkyt kite yg m'beli di kfc adlh mereka yg turut menyumbang dlm p'buatan senjata.so, kite yg menyokong sebenarnya yg menembak org islam kite ddunia

Balas
avatar

maslina > tau halal n suci murni..tp klau dh terhad kt utara je..xkn org nk g belahtara n rfc..ni kt mydin mitc ni..tah ble nk siap tah..n spatutnya malaysia knela hadkan restoran kfc klau btul kfc kt malaysia ni support israel..sbb dgr cter kfc kt malaysia ni dpt nme je..produk smua malaysia yg buat..

Balas
avatar

rfc lgi cdap jom r kte g mydin mall kt melaka ,mkn rfc same2

Balas
avatar

askm..herba kfc kesemuanya ada 15jenis herba trmsk myak 3sudu 1ekor ayam..tepung dia gandum pon dh cukup..telor pon nk ada.. itu shj lah yg aku dpt tau dri info luar.. aku nk test..tapi tk tau bila nk mula..sbb aku bz sgt..

Balas