Manusia Popular Bertangan Kidal

Ramai juga manusia yang popular tidak kira di Malaysia mahupun di dunia yang cenderung menggunakan tangan kiri. Aku sendiri juga menggunakan tangan kiri tetapi bukanlah semulajadi, tetapi aku mula menggunakan tangan kiri sejak tadika lagi. Sebelum itu, aku menggunakan tangan kanan tetapi entah kenapa aku suka menulis dengan menggunakan tangan kiri. Sejak itu, aku menggunakan tangan kiri untuk menulis dan memegang. Disebabkan aku kidal, ramailah orang berasa pelik dengan aku bila aku makan menggunakan sudu dan garfu..hehe.

Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan. (Ambil di sini)


Gambaran otak dan kidal secara grafik. Sumber

Antara manusia yang kidal
  1. Fidel Castro (Presiden Cuba)
  2. Henry Ford (Pengasas kenderaan jenama Ford)
  3. Lord Baden-Powell (Pengasas pengakap)
  4. Nicole Kidman (Artis)
  5. Johan Cruyff (Pemain bola sepak)
  6. Diego Armando Maradona (Pemain bola sepak)
  7. Marie Curie (Saintis)
  8. Albert Einstein (Saintis)
  9. Bill Gates (Presiden Microsoft)
  10. Mawi (Artis Malaysia)
  11. Man Kidal (Artis Malaysia)
  12. Lin Dan (Pemain badminton China)

Senarai penuh manusia kidal
  1. Famous Left-Handers
  2. Anything Left-Handed

P.S : Aku tak larat nak listkan semua orang..hehe
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

Naz bleh guna dua2. tp tgn kanan lebih brkuasa. haha :P

Balas
avatar

Nazra~ > wah bagus tu..leh jd setiausaha..tulis gne dua2 tgn..haha

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > xla..kje menulis or menaip jd lbh cpt la..sbb gne dua2 tgn..hehe

Balas