Maksud Di Sebalik Wall-E

Wall-E merupakan sebuah lagi produk keluaran Disney dan Pixar yang mengisahkan keadaan Bumi pada ratusan mungkin ribuan tahun akan datang (mungkin sudah kiamat). Bumi pada waktu dipenuhi dengan sampah-sarap sehingga melimpah ruah ke bandar-bandar dan ada juga yang membentuk sebuah menara sampah. Kepadatan sampah teramat tinggi sehingga membentuk orbit di luar Bumi. Wall-E merupakan robot yang ditugaskan untuk membersihkan sampah-sampah ini. Eve pula datang ke Bumi ditugaskan untuk mencari spesimen tumbuhan hijau yang mungkin memberi peluang kepada manusia di dalam kapal angkasa untuk pulang ke Bumi.


Wall-E - Pembersih sampah robot Bumi.

Walaupun kapten di dalam kapal angkasa telah disajikan dengan pelbagai suasana menarik di Bumi, namun beliau tidak boleh menerima hakikat yang Bumi sekarang tidak lagi mempunyai tumbuhan hijau, air sungai yang jernih. Niatnya untuk pulang ke Bumi dihalang oleh robot di bawahnya kerana beranggapan bahawa Bumi tidak boleh diduduki kerana kepadatan sampah yang tinggi. Kapten yang tidak percaya kepada robot itu pulang juga ke Bumi dan beliau berharap agar Bumi dapat dipulihkan kerana Bumilah tempat asal mereka.


Mampukah tumbuhan ini hidup dikelilingi dengan sampah sarap?


Eve - Robot yang dihantar untuk mengambil sampel tumbuhan hijau.

Oleh kerana manusia telah serasi hidup di dalam kapal angkasa, ia telah membuatkan bentuk fizikal manusia berubah dengan drastiknya. Sehinggakan mereka berasa teramat malas untuk bercakap dengan kawannya yang berada hanya di sebelahnya sahaja. Mereka menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada untuk berkomunikasi dan mereka hanya duduk sahaja di atas kerusi yang bertindak sebagai "kereta" untuk membawa mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi. Oleh kerana mereka hanya duduk sahaja di atas kerusi, jadi mereka kekok sangat untuk berjalan menggunakan kaki kembali. Seperti budak kecil yang baru belajar berjalan.


Bentuk badan manusia dalam kapal angkasa.


Bandar yang cantik dan unik di dalam kapal angkasa Axiom.

Ada kebaikan dan keburukan apabila kita tinggal di dalam kapal angkasa. Salah satunya ialah kita tidak perlu lagi untuk berjalan dan membeli barang. Hanya perlu menekan butang di atas kerusi dan kita akan mendapat apa yang kita nak. Tetapi, suatu hari nanti kita pasti bosan kerana kita dikelilingi dengan teknologi semata-mata. Tiada tempat nyaman yang boleh kita jadikan port untuk dating, atau tiada lagi tempat untuk merehatkan minda kerana tiada lagi tumbuhan hijau yang tumbuh segar dan juga bunyi kicauan burung yang pasti memberikan ketenangan kepada kita. Jadi, gunakan Bumi dengan sebaik-baiknya.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

huhu..kamo baru tgk citer ni?
mmg best kan...aku sampai berulang2 usha citer ni..
mmg best.. kalo kamo nak usha ada citer lain yang berkaitan dengan Wall-E, tgk sini:

http://www.youtube.com/watch?v=U-M-4sYCrw8&feature=related

Balas
avatar

MH > lme dh..entry ni berada dlm draft sjak bln 1..haha xtau pe nk post lg kt blog..haha

cter ni mmg best..tgk bnyk kali pn xpe..

Balas
avatar

patutla sy pelik,cite ni da lame..ekeke tp memang best!

Balas