Khutbah Jumaat : Perempuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ialah hari Jumaat, penghulu segala hari dalam agama Islam. Hari ini aku bertuah kerana kelas Control Prinsiple habis pada pukul 11 pagi. Sepatutnya kelas ini habis pukul 12 tetapi bilik kuliah itu akan ada orang yang menggunakannya jadi kelas terpaksa habis pukul 11 pagi..hehe. Balik ke rumah menemani encik ajib kerana beliau ingin mengambil perkakasan yang akan digunakan untuk kursus wiring CIDB pada esok hari. Selepas itu, aku pun memberatkan badanku di atas katil yang empuk lagi sejuk..hehe. Seperti biasa, aku perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang lelaki muslim dengan pergi solat Jumaat di masjid di taman aku..hehe.

Khutbah kali ini agak menarik juga kerana khatib membincangkan perihal kaum perempuan yang diangkat darjatnya selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Semasa zaman jahiliah, kaum perempuan dianggap membawa sial dan musibah buruk kepada keluarganya. Tidak hairanlah seorang perempuan yang baru dilahirkan akan dibunuh hidup-hidup kerana tidak mahu mendapat sial daripada bayi perempuan itu. Manakala perempuan yang dewasa pula akan diperkosa dan dianggap sebagai barang murahan yang boleh dibuat apa sahaja demi kepuasan nafsu kaum lelaki. Kaum perempuan semasa zaman jahiliah teramat rendah darjatnya sehingga tiada tempat untuk dilindungi. Keluarga sendiri tidak mengiktiraf kaum perempuan ini.

Kaum perempuan


Tetapi, selepas kedatangan Islam, kaum perempuan diangkat darjatnya sehingga setaraf dengan kaum lelaki dalam banyak perkara. Mereka juga mendapat haknya seperti juga kaum lelaki. Secara umumnya, nasib kaum perempuan selepas kedatangan Islam amat dibela dan dilindungi kerana mereka juga manusia seperti kaum lelaki. Jika dilihat pada masa kini, kaum perempuan banyak mendominasi dalam beberapa bidang yang sebelum ini dikuasai oleh kaum lelaki seperti pendidikan, pengurusan dan juga perindustrian. Jumlah pelajar perempuan di kebanyakkan universiti juga membuktikan mereka sudah mula menguasai bidang yang sebelum ini dikawal oleh kaum lelaki.

Bekerja menjana wang sihat


Namun begitu, mereka harus ingat yang Allah s.w.t menciptakan kaum perempuan bukanlah sekuat kaum lelaki, boleh mengharungi segala cabaran. Mereka perlulah dilindungi dan dijaga supaya mereka tidak ditindas oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati mahupun ingin melihat hidup seseorang perempuan itu hancur. Kaum lelaki perlulah bertanggungjawab dalam melindungi kaum perempuan supaya setiap orang akan mendapat keuntungan. Kaum perempuan pula, hendaklah menghormati kaum lelaki yang melindunginya, bukan memperlekehkan atau menindas kaum lelaki.

Bagi aku pula, pada masa kini populasi kaum perempuan sudah jauh melebihi populasi kaum lelaki. Jadi, tidak hairanlah mengapa kebanjiran kaum perempuan di universiti berlaku. Kita perlu lihat dari segi kecenderungan seseorang. Secara umumnya, kebanyakkan perempuan lebih cenderung untuk belajar dengan membaca beberapa buku, mungkin berpuluh-puluh buku serta mengumpul nota-nota kuliah untuk dijadikan bahan bacaan. Kebanyakkan lelaki pula, lebih cenderung kepada pembelajaran secara praktikal. Lihat sahajalah ramai lelaki yang bekerja dalam bidang perindustrian, di kilang-kilang, di tapak pembinaan. Tidak hairan juga kita lihat suasana sekarang yang memperlihatkan ramai lelaki yang sudah bekerja selepas SPM dan ada juga yang tidak mahu menyambung pengajian kerana sudah seronok mencari duit.

Kaum perempuan mendominasi dalam bidang pelajaran. Gambar hiasan.

Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

ilmiah sungguh entri ni..~

*suka2!

Balas
avatar

pinky_funky > eh besela..laki cyg kne baik..hehe

Balas