Karnival Jom Masuk U 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku bercuti daripada sebarang aktiviti kuliah, tutorial mahupun makmal. Aku tidak tahu hendak buat apa lagi di rumah ini. Asyik-asyik tengok laman web Manchester United sebab malam ini ada perlawanan penting di antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford. Aku semestinya mengharapkan Manchester United menang kerana ia merupakan kelab bola sepak yang aku minat..hehe. Sejak dari semalam, aku jarang mengonlinekan diri di dalam Yahoo Messenger atau Skype kerana laptop aku sibuk dengan urusan memenuhkan borang online untuk adik aku yang sudah mendapat result SPMnya. Secara keseluruhannya, bolehlah aku katakan resultnya baik kerana tiada subjek yang gagal dan tiada E dan tiada D..hehe.

Banyak juga borang online yang sudah diisi. Paling utama sekali semestinya UPU Online kerana adik aku hendak mengemaskini kursus yang diambil berdasarkan kepada syarat minimum yang diperlukan bagi sesuatu kursus. Aku mengesyorkan agar beliau masuk ke UTeM kerana aku tahu beliau tidak suka kepada kelas teori yang penuh seperti di UTM..hehe. Borang yang lain seperti Program Luar Negara tajaan JPA juga telah diisinya. Asalkan borang online tidak meminta duit, penuhkan sahaja..haha. Bagi memberi pendedahan kepada adik aku kepada alam pengajian yang lebih tinggi, aku ajak beliau ke Karnival Pengajian Tinggi di MITC, Melaka. Lagipun, beliau sendiri tidak tahu apakah itu pameran kerjaya yang biasa dibuat di sekolah-sekolah.


Karnival Pengajian Tinggi 2009.

Sampai sahaja di dalam MITC, booth pertama yang dijumpai ialah UTeM..haha. Memang mungkin dah nasib beliau untuk masuk ke UTeM. Banyak juga booth yang ada disitu. Institusi yang aku rasa macam tak pernah dengar pun ada juga..hehe. Sampai sahaja di booth Bahagian Matrikulasi, adik aku pun bermulalah menanyakan soalan cepumas kepada pegawai yang ada di situ. Pertama kali aku dengar matrikulasi menawarkan kursus baru iaitu kursus teknikal khas bagi mereka yang ingin menjadi jurutera. Sebelum ini ada kursus sains hayat, sains fizikal dan perakaunan sahaja. Tetapi kali ini ada jurusan teknikal, sains dan perakaunan. Dan pegawai itu menyatakan bahawa tidak semua kolej matrikulasi menawarkan jurusan teknikal. Kalau akulah, baik aku ambil jurusan teknikal daripada jurusan sains fizikal yang aku ambil dahulu..hehe.


Booth Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Ramai juga budak sekolah yang datang ke karnival ini..hehe. Ada yang serius ingin mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan di universiti, ada juga yang suka mengumpulkan koleksi unversiti seperti pen, keychain dan pelekat..hehe. Secara keseluruhannya, karnival ini memang sesuai diadakan kerana ianya mendekatkan lagi pusat institusi dengan orang ramai.


Booth Universiti Sains Malaysia (USM).


Antara budak sekolah yang ada.

Lokasi : MITC, Ayer Keroh, Melaka
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

ooo... bagus2.. masih sekolah dah minat nak g tgk2 U~ jom masuk U~ huhu

Balas
avatar

ijechan > ala rmai yg nk kumpul cenderamata u..haha

Balas