Hari Ini Yang Sibuk

Hari ini hari Sabtu. Pada hari Sabtu, aku bebas daripada segala kelas, tutorial dan lab yang perlu aku hadiri untuk mendapatkan markah kehadiran..hehe. Ya, hari Sabtu memang ditunggu-tunggu oleh semua orang kerana pada hari Sabtu lah mereka dapat merehatkan minda disamping membawa keluarga yang tercinta atau tunang tercinta atau si dia yang tercinta untuk berjalan-jalan sekitar bandar mahupun tempat-tempat yang boleh dilawati. Zoom Malaysia, banyak yang boleh dilawati, banyak lagi yang boleh dikunjungi. Bagi kebanyakkan pelajar pula, hari Sabtu amat dinanti-nantikan kerana pada hari itulah pelajar dapat menghabiskan masa bersama bantal tercinta serta mengeluarkan air-air yang berkaitan..hehe.

Lain pula ceritanya bagi aku dan juga kebanyakkan kawan aku yang lain. Sejak aku masuk UTeM, tidak pernah lagi aku bangun pada pukul 6.30 pagi untuk mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke kelas kerana kelasku biasanya bermula pada pukul 9.00 pagi. Jadi, aku bangun pada pukul 8.00 pagi dan bersiap-siap untuk pergi ke kelas. Sebelum ke kelas, aku mesej dengan si dia untuk memberitahu bahawa aku akan pergi berjuang demi keadilan (pergi ke kelas..hehe). Pukul 6.30 pagi, aku bangun dan solat Subuh serta mandi dalam keadaan sejuk macam air kosong satu! Pukul 7.00 pagi, aku sampai di hostel murni UTeM untuk mengikut ketua rombongan konvoi iaitu Mr. KK kerana beliau sangat arif dalam selok-belok jalan di Alor Gajah. Namun begitu, pukul 8.00 pagi barulah aku bersama mereka bergerak kerana hujan yang turun bagaikan air mata.


Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah.

Sampai di Kolej Yayasan Alor Gajah a.k.a KTYAG, rombongan menyerbu kedai makanan yang amat kecil, kecil sekali jika dibandingkan dengan KLCC. Aku pula menyambar nasi goreng serta air milo panas yang teramat panas sehingga menjilat jari. Harganya agak murah iaitu RM2.00 bagi setiap kepala..hehe


Antara mereka yang dipaksa datang.

Sesudah sarapan pagi, aku pun masuklah ke dalam dewan kuliahnya yang agak eksekutif. Memang eksekutif sehinggakan mereka berasa sangat lena dibuai mimpi indah bersama yang tercinta pada ketika seorang trainer yang agak lawak dan mencuit hati sedang membentangkan isi-isi yang berkaitan. Aku pun turut bersama mereka yang dibuai mimpi indah. Memang port baik untuk menutup mata kerana aku duduk di barisan paling belakang sekali.


Dewan kuliah yang eksekutif.

Pukul 12.00 tengahari, aku pun mengikut Mr. KK untuk pergi makan tengahari. Beliau cakap kedai itu menjual nasi ayam yang paling popular di Alor Gajah. Ya, cara beliau bercakap seperti aku berada di sebuah pulau yang amat kecil dan hanya mempunyai satu kedai makanan sahaja. Tapi tidak mengapa, janji dapat makan sudah. Aku pun mengorder nasi ayam narnia (bak kata ustaz ajib) bersama dengan air kosong satu! Harganya agak murah iaitu RM3.50 bagi nasi ayam. Murah sebab nasinya yang agak banyak dan ayam juga yang agak banyak. Selepas itu, aku pun solat Zohor dan menyambung kembali untuk sesi petang pula. Pulang dengan gembiranya pada pukul 4.00 petang.


Nasi ayam Narnia (bak kata ustaz ajib).


Mr. KK, ketua konvoi merangkap seorang pelajar..hehe

Apakah yang aku pergi ini? Aku sebenarnya pergi kursus iaitu Kursus Kemahiran Kesihatan dan Keselamatan CIDB (betul ke x tajuk kursus tu). Ia merupakan pra syarat untuk menduduki kursus kemahiran yang seterusnya yang disediakan oleh CIDB. Minggu depan aku akan menduduki kursus wiring..hehe.
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

mak aiihh. tajuk kursus pun x sure.. ni g mkn ke g kursus? nasik ayam narnia ingat lak~ hua3

Balas
avatar

ijechan > oho smpai sne tido pstu mkn tghri pstu solat pstu tido blk pstu blk..hahaha

Balas
avatar

ntah naik konpius den,,ekkee aaachumm,,ops terbersin kat sini,,hehe amponn

Balas
avatar

helena's > dh kne flu..mmg r konfius..haha

Balas