Beberapa Kesan Blog Organisasi UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Cuti yang telah diberikan oleh UTeM sejak hari Sabtu lepas sehingga ke hari Isnin telah aku manfaatkan sepenuhnya dan ia telah menyebabkan diri aku menjadi teramat tidak bermaya sehingga daun-daun yang telah layu juga teramat pelik kerana diriku teramat layu, lebih layu daripada daun-daun yang telah layu. Apabila daun telah layu, ia akan jatuh kerana daun itu telah layu yang teramat layu sekali..hehe. Hari Sabtu, aku bangun seawal 6.30 pagi kerana aku tidak tahu di manakah kursus CIDB itu berlangsung. Hari Ahad pula, lambat sikit la aku bangun, dalam lebih kurang pukul 9 pagi dan bertolak ke Batu Pahat pada pukul 10 pagi. Hari Isnin pula, aku bermalam di kolej kediaman Murni kerana aku perlu bangun seawal 6 pagi untuk menaiki bas ke Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Aku sampai di rumah pada pukul 10 malam dan ia menyebabkan badan aku menjadi gila..hehe.

Peristiwa di atas menyebabkan hajatku untuk memonteng kelas Network Signal pada keesokkan harinya menjadi-jadi. Ya, aku fikir aku berjaya memonteng kelas itu kerana aku bangun pada pukul 9.33 pagi. Sampai aku terpaksa menipu mak aku dengan mengatakan bahawa kelas itu dibatalkan..hehe. Namun begitu, apabila aku sampai di fakulti, ada budak memberitahu bahawa kelas Network Signal itu memang dibatalkan. Aku memang tidak tahu apa-apa kerana tidak mendapat mesej. Kiranya aku tidak menipu mak aku la kan..hehe. Sampai di kelas pula, kelas yang seterusnya pula dibatalkan. Memang teramat tension kerana aku boleh sambung tidur lagi sepatutnya..haha.

Semasa kelas Network Signal. Manusia yang memakai baju oren @ merah itu lecturer yang mengajar subjek itu.


Tamat bercerita mengenai kehidupan aku. Cukuplah 3 entry yang berturutan yang boleh menjadi bacaan kepada semua..hehe. Kali ini, aku ingin berkongsi mengenai beberapa blog organisasi dalam UTeM yang wujud di dunia Internet ini. Kadang-kadang kesian pula aku tengok blog-blog ini kerana kewujudannya tidak diketahui umum. Dan apabila ramai pelajar yang tidak tahu mengenai blog-blog ini, maka pembuat blog itu juga merasakan yang sia-sia sahaja membuat blog lalu terbiar begitu sahaja. Kadang-kadang, dalam sebulan itu hanya mempunyai 1-2 entry sahaja sedangkan dalam sebulan itu juga banyak aktiviti yang dianjurkan. Blog juga boleh menjadi medium majalah elektronik selain menerbitkan majalah-majalah.

Mari kita lihat blog-blog ini dan bolehlah berkunjung ke blog-blog ini. (Banyak blog yang sudah lama tidak mengupdate)
  1. UTeM Blogger United (YUBIYU)
  2. Sebuah blog yang mengumpulkan seberapa ramai blogger dari UTeM tidak kira bekas pelajar ataupun yang masih menuntut di UTeM. Entry yang tertumpu kepada isu-isu terkini serta pengumuman penting dari UTeM
  3. Sekretariat Pencegahan Rasuah UTeM
  4. Nama blog yang sudah menggambarkan segalanya. Blog SPR UTeM mengandungi aktiviti-aktiviti terkini yang dijalankan oleh SPR
  5. JAKSIS Murni UTeM
  6. Blog rasmi bagi Jawatankuasa Kolej Siswa Murni atau ringkasannya JAKSIS Murni. Memuatkan aktiviti terkini yang dijalankan di Kolej Kediaman UTeM Murni serta pengumuman penting dari pihak kolej kediaman
  7. UTeM BMFR - Technical and Vocational Education
  8. Blog bagi pelajar-pelajar dari kursus BMFR. Aku tidak tahu nama kursus itu sebab aku dari jurusan elektronik..hehe
  9. UTeM A6 3B
  10. Aku tidak tahu siapa pemilik blog ini. Tapi yang pasti ia memuatkan cara-cara bagaimana untuk menjana wang. Tiada kaitan
  11. Kelab Debat dan Pidato UTeM
  12. Blog rasmi bagi Kelab Debat dan Pidato UTeM. Mengandungi aktiviti yang dijalankan dan akan dijalankan. Mempunyai banyak video mengenai aktiviti debat kerana ia salah satu untuk dijadikan koleksi bagi pendebat.
  13. Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrim UTeM
  14. Sebenarnya aku tidak tahu adanya Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrim UTeM..hehe. Lagipun aku tidak berapa mengambil tahu mengenai berapa banyak kelab yang ada di UTeM. Macam biasa, ia memuatkan aktiviti yang dijalankan serta pengumuman penting dari kelab.
  15. Formula Varsity UTeM
  16. Ho, ini bukan organisasi tetapi ia lebih kepada salah satu aktiviti terbesar universiti. Formula Varsiti merupakan pertandingan yang melibatkan kreativiti peserta mencipta sebuah kereta canggih. Entry yang terakhir yang aku baca menyatakan bahawa blog itu tidak akan diupdate lagi. Aku pun tidak tahu kenapa.
  17. UTeM BMCS - BMCS8WORK
  18. Ha, seperti tadi, blog ini diwujudkan khas bagi pelajar-pelajar dari kursus BMCS dan aku pun tidak tahu apakah nama kursus bagi BMCS itu..hehe
  19. BENT 3173 Data Communications & Networking Portal
  20. Blog ini lebih kepada muat turun fail-fail seperti nota kuliah, tutorial dan assignment bagi pelajar yang mengambil subjek BENT 3173 iaitu Data Communications & Networking Portal

Berjaya mengumpul 9 blog sahaja..hehe. Ini pun hasil carian dari encik Google. Jika ada sesiapa yang tahu mengenai blog organisasi UTeM yang lain, bolehlah memberi komen..hehe
Previous
Next Post »
7 Komen
avatar

Mohamad Razif Bin Abdul Rahim > mne ada aku tipu..btul la kelas xde kn..hahaha

Balas
avatar

cyg jgn men tipu2 reen lak ye.. ingt tuh.. :)

Balas
avatar

apsal sorang jer dak kelas ko?
kecian muka lect tuh aku nengok

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > igt2..xtipu cyg..hehe

Balas
avatar

jadt > err ada 2 org lg la..sorg kt depan tu..sorg yg ngh amik gmbar..haha ala lecturer tu snyum je..haha

Balas
avatar

Dr. Sharimllah Devi a/p Ramachandran and Dr. Nik Rahila bt. Dato’ Wan Ibrahim of UTEM are poor and lousy English lecturers in UTEM. They are working in Department of Language & Communication. They just have paper qualifications (masters) but they are incompetent to teach / lecture students of higher institutes of learning. This is standard of Malacca University. Very poor. What a pity to their students! What will happen to their students standard. These people only want money but they are not willing to work hard for it. Only god can judge them! This university is of inferior standard for hiring people like them.

Balas