Aku dan Etnik di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini sudah masuk 29 Mac 2009 iaitu pada hari Ahad. Malam tadi berlangsungnya kempen Earth Hour di mana masyarakat seluruh dunia menunjukkan kesedaran terhadap keadaan Bumi pada masa kini dengan menutup segala lampu serta alatan elektrik yang ada di rumah. Bangunan yang menjadi lambang sesebuah negara juga menunjukkan sokongan terhadap kempen ini dengan bergelap selama 1 jam. Walaupun begitu, sepatutnya semasa bergelap, tidak perlulah menyalakan lilin kerana api dari lilin membebaskan gas karbon yang lebih banyak berbanding dengan lampu kalimantang atau mentol. Jadi, Earth Hour mungkin tidak akan menjadi jika adanya lilin yang banyak dinyalakan kononnya menunjukkan yang rumah kita sudah blackout atau banyak kenderaan di jalan-jalan kononnya ingin melihat suasana semasa Earth Hour. Tidak perlu juga untuk menghiaskan bangunan dengan lampu-lampu LED dengan menyiarkan logo Earth Hour seperti Bangunan DBKL kerana Earth Hour bukanlah suatu kempen yang boleh disambut meriah seperti kempen yang lain. Earth Hour merupakan suatu kempen yang memerlukan kesedaran daripada semua pihak tidak kira siapa pun.

Ini adalah lilin


Habis cerita pasal Earth Hour..hehe. Hari ini aku bangun pukul 7.36 pagi selepas menyambung tidur selepas Subuh..hehe. Hari ini kepala otak aku dimasukkan dengan etnik-etnik di Malaysia walaupun aku tahu Malaysia ada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Disebabkan aku mengambil subjek Hubungan Etnik di UTeM, aku diwajibkan pergi menghadiri Forum Titian Integrasi Etnik Siri 1 bertempat di Dewan UTeM di kampus industri, UTeM. Jangkaan aku, ramai yang tidak akan mendengar forum ini walaupun ianya dihadiri oleh 3 orang yang bergelar Doktor (Phd), ada juga yang akan tidur dan ada juga yang berjalan-jalan..hehe. Jangkaan aku hampir tepat apabila ramai yang tidak mendengar forum ini tetapi tidak ramai yang tidur..hehe.

Forum Titian Integrasi Etnik Siri 1


Kali ini, aku bertugas sebagai pencatat segala isi dalam forum itu kerana diwajibkan menghantar report berkaitan forum ini pada keesokkan harinya. Memang bersungguh-sungguh aku membuatnya kerana report itu akan diberi markah yang setimpalnya..hehe. Jadi, aku tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan A dalam Hubungan Etnik untuk membaiki pointer aku yang semakin teruk..haha. Kesungguhan aku telah menyebabkan tangan aku semakin tidak bermaya untuk menulis kerana mereka bercakap sungguh laju dan suaranya tenggelam..hehe. Hasilnya, 4 helai kerta sudah dibazirkan untuk forum ini untuk tujuan yang berguna dan tidak berguna. Apakah tidak berguna? Mereka (Azmi, ayie dan shafiee) bermain BINGO menggunakan kertas kosong itu.

Azmi dan Shafiee sebelum bermain BINGO


Nasi lemak pembuka bicara


Nasi putih + sambal ayam penamat bicara

Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

asal ko ltak gambo shafiee..
segan ar shafiee nnt...
hu hu hu...
klu die taw...
msti die segan nyer...

Balas
avatar

rumate fjie > xpela ak kwn sejati shafiee..ak nk abadikan gmbo dia kt blog aku..wee^^

Balas
avatar

Kantoi sudah muka bosan :P

Balas
avatar

fjie xdk rumet.. mne ade rumet die ske buat mka yusuf taiyob..

Balas
avatar

fjie > err cmne ko knal yusuf taiyob?? perghh gmpak siot..haha

Balas